WEST BROMWICH: Arsene Wenger memimpin pasukan Arsenal bertandang ke West Bromwich Albion hari ini dengan tekanan bahawa hanya keputusan positif sahaja yang akan memastikan laungan protes beliau dipecat dapat dilenyapkan.
Kejayaan 5-0 menentang pasukan liga bawahan, Lincoln, dalam Piala FA minggu lalu hanya melepaskan tekanan itu buat seketika, meskipun kelepasan itu tetap dialu-alu pengurus asal Perancis itu.