Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Lion City Sailors tamatkan kontrak jurulatih asal Korea

Kelab dan jurulatih Kim Do-hoon capai persetujuan untuk berpisah; pengarah teknikal jadi jurulatih sementara, kata Sailors
Aug 13, 2022 | 05:30 AM



PENDAHULU Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors, akan melangkah ke padang petang ini tanpa Kim Do-hoon selepas kelab itu mengumumkan ia telah berpisah dengan jurulatih dari Korea Selatan itu.



Berita mengejut itu diumumkan kelab bergelar Sailors itu kelmarin - kurang 24 jam selepas Kim, bekas pemain nasional Korea Selatan, dikenakan hukuman denda $2,000 dan digantung tiga perlawanan selepas terlibat dalam perkelahian dengan seorang jurulatih pasukan lawan pada bulan lalu.



Beliau didapati bersalah menyondol dengan kepalanya ke atas penolong jurulatih Tampines Rovers, Mustafic Fahrudin, yang menyebabkan kejadian susulan selepas perlawanan antara dua kelab itu pada 24 Julai



Mustafic turut digantung tiga perlawanan dan didenda $3,000. Hukuman itu bermakna pasangan yang didapati bersalah berkelakuan ganas itu tidak boleh memasuki bilik rehat pasukan dan duduk di tepi padang bersama pasukan bagi tiga perlawanan SPL.



Dalam laporannya, akhbar The Straits Times (ST) berkata ia diberitahu bahawa Tampines telah mengadakan mesyuarat dalaman kelmarin untuk menimbangkan kedudukan Kim sebelum mencapai keputusan.



Dua kakitangan Sailors, juga dari Korea Selatan - penolong jurulatih, Myung Jae-yong dan juruanalisis kelakonan pemain, Kim Young-kwang - turut meninggalkan kelab itu.



Difahami, kelab itu telah memberitahu para pemain tentang keputusan tersebut, sejurus sebelum ia mengeluarkan kenyataan media singkat.



"Lion City Sailors dan ketua jurulatih Kim Do-hoon telah mencapai persetujuan untuk berpisah," kata kenyataan itu.



"Kami mengucapkan terima kasih kepadanya atas khidmat yang diberikan dan mengucap selamat kepadanya bagi masa depan."



Menambah, kelab itu berkata pengarah teknikal akademi, Luka Lalic, akan memimpin pasukan utama secara sementara.



Dalam laporannya, ST berkata pemergian Kim itu agak mengejutkan memandangkan bahawa beliau telah memimpin sesi latihan dengan pemain pada sebelah pagi kelmarin, antara persiapan bagi perlawanan dengan Young Lions pada hari ini.



Kim telah memohon maaf daripada para pemain atas kelakuannya itu sejurus selepas insiden bulan lalu itu, dan beliau mengulangi permohonan maaf itu pagi kelmarin, selepas menerima hukumannya.



Kapten Sailors, Hariss Harun, berkata pemergian Kim diiringi perasaan sedih kerana beliau telah memberi sumbangan baik kepada kelab, tetapi keputusan telah diambil dan rakan sepasukannya mengucapkan selamat kepada beliau.



Di bawah kepimpinan Kim, Sailors memenangi kejuaraan SPL dan menunjukkan prestasi baik dalam Liga Juara-Juara AFC, yang disertainya buat julung-julung kali awal tahun ini.



Mereka mengakhiri pusingan kumpulan pertandingan elit di Asia itu dengan tujuh mata - yang terbaik pernah dicatat oleh kelab Singapura.



Kim adalah jurulatih kedua memimpin Sailors sepenuh masa sejak ia menjadi kelab bola sepak privet pada Februari 2020.



Warga Australia, Aurelio Vidmar, telah memimpin Sailors pada ketika itu, sebelum beredar pada April 2021.



Kim, yang telah memenangi Piala FA Korea pada 2017 dan Liga Juara-Juara AFC 2020 bersama Ulsan Hyundai dilantik sebagai ketua jurulatih pada Jun 2021 dan mengikat kontrak 30 bulan dengan Sailors.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >