Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIV Golf kembali ke S’pura pada Mei 2024

Nov 23, 2023 | 02:16 PM



MIAMI: Liga LIV Golf telah mengeluarkan jadual musim 2024 antara Februari dengan Ogos.


Ia memuatkan 12 acara di lapan negara, walaupun rundingan antara pelabur Arab Saudi dengan Jelajah PGA Amerika Syarikat mengenai perjanjian rangka kerja sedang berterusan.

Jadual itu merangkumi kejohanan individu dan pasukan LIV, tetapi butirannya belum diumumkan.

Beberapa acara LIV bertembung dengan acara utama Jelajah PGA Amerika, menandakan bahawa persaingan antara dua kumpulan itu boleh bertambah buruk pada 2024 jika satu perjanjian pergabungan tidak dicapai.

Perpecahan mereka bermula pada 2022 apabila beberapa individu ternama PGA berpindah ke LIV dan dilarang menyertai acara PGA.

Lembaga Dasar Jelajah PGA harus meluluskan sebarang perjanjian menjelang akhir 2023 bagi satu pergabungan diselesaikan di bawah satu perjanjian bersama Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi yang pegawai PGA umumkan pada Jun.

Sejak itu, institusi lain telah menawarkan perjanjian ekuiti bersama Jelajah PGA.

Kempen 2024 LIV akan bermula 2 hingga 4 Februari di Mayakoba di Mexico, sekitar waktu yang sama dengan acara utama PGA di Pebble Beach – dengan acara seterusnya diadakan di Las Vegas pada 8 hingga 10 Februari sebelum Super Bowl di Nevada.

LIV akan berlangsung di Arab Saudi pada 1 hingga 3 Mac dan di Kelab Golf Hong Kong pada 8 hingga 10 Mac.

Acara utama PGA Amerika di Bay Hill juga berlangsung pada masa yang sama dengan acara Terbuka Amerika pada 5 hingga 7 April sebelum acara Masters.

Adelaide akan menjadi tuan rumah LIV Golf pada 26 hingga 29 April. Acara itu juga akan diadakan di Singapura pada 3-5 Mei.

LIV akan berlangsung di Houston pada 7 hingga 9 Jun, bertembung dengan acara utama PGA yang dihoskan Jack Nicklaus, The Memorial.


Peserta LIV kemudian akan ke Nashville pada 21 hingga 23 Jun, hampir serentak dengan acara utama PGA, Kejohanan Travellers.


Kejohanan Sepanyol pula berlangsung pada 12 hingga 14 Julai di Valderrama, sebelum acara Terbuka British di Royal Troon. Pada bulan yang sama, acara LIV berlangsung di JCB Gold dan Country Club di Staffordshire, England, pada 26 hingga 28 Julai.

Kejohanan akhir musim, satu lagi acara Amerika, akan diadakan di Greenbrier di West Virginia pada 16 hingga 18 Ogos, bertembung dengan pusingan playoff Piala FedEx Jelajah PGA Amerika.

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan acara menarik yang mencerminkan komitmen kami untuk membawa pemain bertaraf dunia dan persaingan utama ke pasaran baharu,” kata pesuruhjaya LIV Golf, Greg Norman. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >