Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiger Woods bakal miliki, main bagi pasukan Florida dalam liga golf maya

Nov 08, 2023 | 07:14 PM



FLORIDA: Tiger Woods akan memiliki dan mengetuai pasukan keenam dan terakhir dalam liga golf dalaman (TGL), yang berlangsung pada waktu perdana dan fokus pada teknologi, serta ikut bertanding, umum liga itu pada Selasa.


Pasukan yang diberi nama Kelab Golf Jupiter Links itu akan mula bermain pada Januari apabila TGL melancarkan musim pertamanya dalam sebuah arena yang dibina khas di Florida Selatan, yang akan mempunyai sebuah skrin simulator besar dan sebuah kawasan golf yang boleh diubah suai.

Golf dalaman adalah istilah umum bagi semua aktiviti dalam golf yang boleh dijalankan di dalam tempat tertutup, termasuk permainan golf menggunakan simulator, atau golf maya.

Woods belum bertanding sejak beliau menarik diri daripada kejohanan Masters pada April akibat kecederaan dan kemudian beliau menjalani pembedahan pada buku lali kanannya bagi mengatasi arthritis postraumatik akibat keretakan tulang yang dialami sebelum itu.

“Menerusi penggunaan teknologi, TGL merupakan satu perubahan moden pada golf tradisional dan ini akan menjadikan sukan yang saya gemari ini lebih mudah diakses,” kata Woods, 47 tahun, dalam satu kenyataan media.

“Peluang bukan bertanding sahaja, malah memiliki sebuah pasukan yang akan mewakili Jupiter merupakan satu bab selanjutnya yang menarik buat saya.

“Saya menjangka Jupiter Links GC akan memaparkan budaya golf bandar asal saya sedang kami bersaing dengan para pemain terbaik di dunia.”

Warga Amerika itu, yang merupakan juara 15 kali kejohanan Major (Pertandingan Masters, Kejuaraan PGA, Terbuka AS dan Terbuka British, atau Kejuaraan The Open) dan dianggap sebagai pemain golf terhebat generasinya, adalah satu-satunya pemain yang dinamakan bagi pasukan Jupiter Links.

Kumpulan pemilik pasukan itu termasuk juga David Blitzer, yang mengasaskan Harris Blitzer Sports & Entertainment dan juga pemilik bersama Cleveland Guardians daripada Liga Besbol Major (MLB), Washington Commanders daripada Liga Bola Sepak Nasional (NFL) Amerika Syarikat, dan rakan kongsi umum Kelab Bola Sepak Crystal Palace.

Pasukan lain yang akan bersaing dalam liga itu, yang mempunyai musim tetap sebanyak 15 permainan, ialah Atlanta Drive GC, Boston Common Golf, Los Angeles Golf Club, TGL New York dan TGL San Francisco.

Setiap pasukan mempunyai empat pemain.

TGL akan memberi peluang kepada peminat untuk melihat Woods beraksi sekali lagi.

Woods tidak lagi berasa sakit pada buku lali kaki kanannya, yang telah dibaiki melalui pembedahan, tetapi itu tidak bermakna beliau sudah bersedia untuk kembali ke padang.

Beliau juga berkata pada Selasa bahawa bahagian lain di kaki kanannya masih memberinya masalah, sedang terdapat spekulasi tentang bila beliau akan bermain golf kompetitif sekali lagi. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >