Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liverpool, Bayern, Spurs, Leicester... Peminat bola sepak berpesta di S’pura

Aug 3, 2023 | 2:21 PM
MENGHIBURKAN: Bayern Munich dan Liverpool berentap dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan hampir 50,000 penonton berpesta tujuh gol dan kelab juara Jerman mengecap kemenangan 4-3 di Stadium Negara pada Rabu (2 Ogos).
MENGHIBURKAN: Bayern Munich dan Liverpool berentap dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan hampir 50,000 penonton berpesta tujuh gol dan kelab juara Jerman mengecap kemenangan 4-3 di Stadium Negara pada Rabu (2 Ogos). - Foto ST
AKSI TARAF DUNIA: Bintang Tottenham Hotspurs, Son Heung-min (dua dari kanan), cuba mengatasi pemain pertahanan Lion City Sailors, Zulqarnaen Suzliman (tiga dari kanan), dalam perlawanan persahabatan yang berakhir 5-1 berpihak kepada kelab Liga Perdana England itu.
AKSI TARAF DUNIA: Bintang Tottenham Hotspurs, Son Heung-min (dua dari kanan), cuba mengatasi pemain pertahanan Lion City Sailors, Zulqarnaen Suzliman (tiga dari kanan), dalam perlawanan persahabatan yang berakhir 5-1 berpihak kepada kelab Liga Perdana England itu. - Foto ST

Peminat bola sepak di sini bukan sahaja berpeluang bertemu secara dekat bintang bola sepak tetapi juga dihiburkan dengan aksi bertaraf dunia sepanjang seminggu lalu.

Kelab-kelab terkemuka Eropah – Liverpool, Bayern Munich, Tottenham Hotspurs dan Leicester City – berada di kota Singa dari 25 Julai hingga 2 Ogos untuk bermain perlawanan persahabatan semasa pramusim mereka, sebagai sebahagian daripada acara Pesta Bola Sepak Singapura.

Secara keseluruhan, hampir 104,000 penyokong – tempatan dan dari rantau ini – “turun padang” untuk menonton pasukan kegemaran beraksi merentasi tiga perlawanan yang diadakan di Stadium Negara, yang dapat menampung 55,000 penonton.

BERSEMANGAT: Peminat Liverpool Encik Muhamad Sufian Salim, 38 tahun (paling kiri), dan Encik Muhammad Asri Ibrahim, 37 tahun (paling kiri, melutut), bersama rakan penyokong lain teruja menonton perlawanan The Reds menentang Bayern Munich di Stadium Negara pada Rabu.
BERSEMANGAT: Peminat Liverpool Encik Muhamad Sufian Salim, 38 tahun (paling kiri), dan Encik Muhammad Asri Ibrahim, 37 tahun (paling kiri, melutut), bersama rakan penyokong lain teruja menonton perlawanan The Reds menentang Bayern Munich di Stadium Negara pada Rabu. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
DETIK TIDAK DILUPAKAN: Penyerang Lion City Sailors, Shawal Anuar (kiri), meraikan golnya dalam perlawanan persahabatan berdepan Tottenham Hotspurs di Stadium Negara pada 26 Julai.
DETIK TIDAK DILUPAKAN: Penyerang Lion City Sailors, Shawal Anuar (kiri), meraikan golnya dalam perlawanan persahabatan berdepan Tottenham Hotspurs di Stadium Negara pada 26 Julai. - Foto ST

Kelab Liga Perdana Singapura, Lion City Sailors, turut meraih peluang keemasan untuk berkongsi padang dan menguji diri menentang kelab Liga Perdana England, Spurs. Ini selepas pasukan liga Italy Serie A, AS Roma, tidak dapat membuat perjalanan ke sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg