Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool lebih dominan tetapi sekadar seri dengan United

Dec 18, 2023 | 02:34 PM



LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata beliau tidak ingat persembahan yang lebih “dominan” oleh pasukannya terhadap Manchester United.


Perlawanan yang berakhir seri tanpa gol pada awal pagi 18 Disember itu menunjukkan dominasi Liverpool, bahkan ia melebihi semasa pasukan meraih kemenangan 7-0 ke atas United pada musim lalu.

Daripada segi penguasaan bola dan percubaan tendangan ke arah gawang, penilaian Klopp adalah tepat.

Di Anfield, Liverpool memiliki penguasaan bola sebanyak 69 peratus dan melakukan 34 percubaan tanpa sebarang jaringan.

Dalam perlawanan sebelumnya pada 6 Mac musim lalu, Liverpool meraih 60 peratus penguasaan bola dan berjaya menjaringkan tujuh gol daripada 16 percubaan.

Kali ini, pendekatan United berbeza.

Dengan beberapa pemain United cedera, termasuk bek tengah Harry Maguire, Erik ten Hag mengatur pasukannya untuk bertahan dengan lebih padat.

Klopp berkata: “Saya melihat banyak perkara yang baik, satu-satunya yang saya tidak suka adalah keputusan perlawanan.

“Kita seharusnya menjaringkan gol. Pasukan kami memiliki lebih banyak peluang yang jelas.”

“Saya tidak ingat persembahan yang begitu dominan terhadap Man United. Bahkan dalam kemenangan 7-0, kami kini lebih banyak menguasai permainan.

“Gaya pertahanan United sangat teratur. Sekiranya kita bermain seperti ini, memang sukar bagi pasukan lawan untuk keluar dari kawasan padang mereka sendiri. 

“Jika kita menjaringkan gol, ia akan mengubah aliran permainan dan memaksa United mengambil risiko lebih tinggi. Namun, tiada perubahan yang berlaku dan akhirnya perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0.”

Keputusan seri itu bermakna Liverpool terlepas peluang untuk kembali ke kedudukan teratas Liga Perdana England (EPL), selepas Arsenal berjaya mengatasi Brighton pada awal 17 Disember. 

Suasana di Anfield menyaksikan jumlah penonton terbesar sejak 1963 selepas stadium itu diluaskan baru-baru ini. 

Dengan kemenangan besar terhadap United musim lalu, bersamaan dengan kekalahan United di tangan Bournemouth di Old Trafford pada 9 Disember, muncul pertanyaan daripada penganalisis apakah Liverpool terlalu selesa dalam pertarungan ini. 

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, menyatakan bahawa perlawanan itu ternyata ‘tidak semudah’ yang mungkin disangkakan pasukan Klopp.

Bekas kapten United United, Gary Neville, pula berpendapat mungkin ada pihak terlalu yakin dengan pasukan Liverpool menjelang pertarungan ini. 

Namun Klopp menafikan pihaknya berasa terlalu yakin.

“Kami tahu perlawanan ini adalah sukar,” kata Klopp. 

“Semua yang dikatakan orang hanya membantu United. Mengapa kita perlu mendengarnya? Masalah kami hari ini bukan kerana mereka sangat bersemangat.

“Saya tidak pernah ingat ada perlawanan di mana United datang ke sini untuk menyerah kalah. Ini sama sekali tidak pernah terjadi.”

Klopp memuji semangat juang United dalam pertahanan mereka tetapi menyatakan bahawa Liverpool hampir mencapai tahap prestasi yang sempurna.

Beliau menambah: “Anda hanya memerlukan satu gol dan semuanya akan berubah.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >