Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Gol lewat Rice perkukuh kedudukan Arsenal di tempat teratas EPL

Dec 06, 2023 | 03:06 PM



LUTON: Tandukan Declan Rice pada masa tambahan melakarkan kemenangan 4-3 bagi Arsenal yang menghiburkan ke atas Luton Town.


Keputusan itu meletakkan mereka di puncak Liga Perdana England (EPL) dan mendahului lima mata daripada Liverpool yang berada di tempat kedua.

Arsenal seperti tidak bersedia dalam menghadapi tenaga pasukan Luton dan mereka kelihatan seakan melanjutkan rekod tanpa kemenangan di Kenilworth Road kepada 11 perlawanan.

Gol lewat itu mencetuskan keghairahan penyokong Arsenal kerana ia petanda kemenangan keempat mereka secara berturut-turut dalam Liga Perdana.

Luton Town kecewa kerana sebelum itu, mereka dapat bangkit dua kali untuk mendahului pada peringkat awal separuh masa kedua.

Arsenal kini telah memperoleh sembilan mata tambahan pada musim ini hasil jaringan gol dalam lima minit terakhir perlawanan.

“Luton merupakan pasukan habat dan mereka tidak boleh diabaikan dalam liga ini kerana mutu yang mereka ada,” kata Rice kepada saluran televisyen, Amazon Prime.

“Untuk menjaringkan gol pada minit terakhir dan meningkatkan momentum adalah perkara yang besar bagi kami.

“Itulah saat-saat yang anda akan kenang. Untuk menjaringkan gol kemenangan adalah satu penghormatan,” tambah beliau.

Arsenal mendapat 36 mata daripada 15 perlawanan; Liverpool mempunyai 31 mata; dan juara bertahan Manchester City memperolehi 30 mata.

Namun, perlawanan 20 minit pertama itu agak kurang beraksi.

Bagaimanapun, permainan menjadi sengit apabila Gabriel Martinelli menjaringkan gol hasil hantaran Bukayo Saka pada minit ke-20.

Lima minit kemudian, Luton membalas balik melalui tandukan Gabriel Osho yang melepasi David Raya.

Percubaan Saka dan Martinelli kededuanya diselamatkan oleh Thomas Kaminski tetapi Arsenal mendahului sekali lagi melalui Gabriel Jesus yang menandukkan gol hasil hantaran Ben White.

Arsenal tidak pernah menang di Luton sejak 1986 dan mereka tersentak apabila Elijah Adebayo menanduk satu lagi gol masuk ke gawang pada minit ke-49.

Andros Townsend kemudian membuat umpanan kepada rakan sepasukan Englandnya, Ross Barkley, lapan minit kemudian untuk menjaringkan gol tambahan buat Luton.

Raya seharusnya melakukan lebih baik untuk menyelamatkan gol-gol tersebut, namun beliau diselamatkan oleh pasukannya yang berjaya memperolehi gol kemenangan.

Hanya beberapa minit kemudian, Kai Haverts menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-60.

Arsenal mengancam pertahanan Luton tetapi Luton kelihatan seperti masih dapat bertahan untuk mendapat mata yang berharga.

Namun, Rice berjaya menjaringkan gol kemenangan Arsenal hasil hantaran Martin Odegaard pada minit ke-97.

“Perlawanan luar biasa. Pertama sekali, tahniah kepada Luton, pemain dan kakitangan mereka.

“Suasana yang mereka cipta menjadikan ia perlawanan istimewa untuk bermain bola sepak dan mereka membuatkannya amat sukar buat kami,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

“Mereka amat bagus dalam ‘set piece’ mereka dan mereka benar-benar buat kami perlu berusaha keras dalam perlawanan ini dan akhirnya ia merupakan kemenangan yang indah,” tambah beliau.

Luton kekal di tempat keempat dari bawah dengan sembilan mata.

Walaupun kekalahan itu mengecewakan, pengurus Luton Town, Rob Edwards, amat berbangga dengan pemainnya yang berjaya mencabar Arsenal.

“Arsenal mahukan permainan yang teratur dan kami berjaya menggugat mereka beberapa kali,” kata Edwards.

“Saya rasa perkara ini belum pernah berlaku kepada saya, melepaskan gol lewat untuk tewas dalam perlawanan, jadi saya kurang bersemangat sekarang,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >