LONDON: Liverpool membelasah Tottenham Hotspur tanpa belas kasihan di Stadium Tottenham Hotspur dan memantapkan kedudukan di puncak Liga Perdana England (EPL), empat mata di hadapan Chelsea.
Pasukan Arne Slot sememangnya tidak dapat ditandingi kerana kelemahan dalam pasukan Spurs yang dilanda kecederaan dapat disaksikan dalam perlawanan itu.
Liverpool sudah mempunyai beberapa peluang sebelum Luis Diaz menanduk masuk hantaran lintang sempurna Trent Alexander-Arnold selepas 23 minit.
Kemudian, Alexis Mac Allister menggandakan kelebihan mereka dengan satu lagi tandukan 13 minit kemudian.
James Maddison memberi harapan kepada Spurs untuk bangkit semula apabila beliau melencongkan gol kelapannya musim ini, empat minit sebelum separuh masa.
Namun, harapan tersebut dipadamkan pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila Mohamed Salah menjaringkan gol keempat perlawanan tersebut.
Spurs, dengan pasukan yang tidak berubah setelah beraksi dalam suku akhir Piala Carabao menentang Manchester United pada 19 Disember, kelihatan letih – membuatkan mereka kelihatan kurang efektif dan didominasi oleh pasukan Liverpool.
Salah menyamai rekod Billy Liddell dengan 228 gol untuk Liverpool apabila beliau melebarkan kelebihan Liverpool dari jarak dekat selepas 54 minit.
Beliau kemudian naik ke tempat keempat dalam senarai penjaring sepanjang masa kelab itu apabila Szoboszlai merintiskan gol kedua Salah pada 61 minit.
Dejan Kulusevski menjaringkan gol untuk perlawanan kelima berturut-turut ketika tinggal 18 minit.
Satu lagi jaringan daripada Dominic Solanke mengancam skor perlawanan tersebut sehingga Diaz meraih gol keduanya dan keenam Liverpool.
Liverpool telah kehilangan mata dalam dua perlawanan terakhir EPL mereka, dengan keputusan seri menentang Newcastle United dan Fulham.
Namun, keputusan ini meyakinkan bahawa mereka adalah pasukan yang perlu ditewaskan untuk ke puncak EPL.
Spurs memberikan perlawanan yang sempurna untuk pasukan Liverpool yang dipenuhi bakat penyerang, dengan tiga jaringan menjadi bukti akan kebolehan pasukan Slot dalam sudut serangan.
Salah kini mendahului pemain legenda Anfield, Liddell, dalam carta jaringan gol untuk kelab dengan dua jaringan gol pada separuh masa kedua,.
Skala pencapaian Salah digambarkan dengan bagaimana beliau kini memiliki 229 gol dalam 373 perlawanan.
Liddell menjaringkan 228 gol dalam 534 perlawanan, dengan gol ke-228 beliau berlaku dalam penampilan ke-526 beliau.
Szoboszlai menikmati kebebasan yang diberikan Spurs kepadanya, berlumba untuk menjaringkan hantaran Salah untuk menjadikan skor 3-1 tepat pada separuh masa dengan berkesan menamatkan saingan, kemudian membalas budi Salah selepas waktu rehat.
Peminat Liverpool memberikan sambutan meriah kepada pasukan mereka selepas wisel penamat.
Kepercayaan mereka semakin meningkat bahawa kejuaraan EPL akan kembali ke Anfield pada penghujung musim ini.
Terdapat perasaan tidak puas hati di sekitar Stadium Tottenham Hotspur walaupun sebelum perlawanan bermula.
Beberapa ratus penyokong mengadakan protes terhadap pengerusi Daniel Levy, melepaskan belon hitam pada minit ke-24 untuk menandakan tahun-tahun hierarki Levy telah mengawal, dengan kejayaan terakhir mereka datang dalam Piala Liga 2008.
Spurs dan Liverpool bertemu di separuh akhir Piala Liga Bola Sepak England (EFL) dalam dua perlawanan. Totenham memerlukan perubahan besar dalam kualiti dan pendekatan untuk menghasilkan keputusan yang berbeza. – Agensi berita


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg