Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Liverpool muncul kelab pertama Britain menang semua perlawanan kumpulan

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool menjadi pasukan dari Britain yang pertama memenangi kesemua enam perlawanan kumpulan dalam Liga Juara-Juara Eropah apabila ia bangkit untuk menewaskan AC Milan 2-1 di Stadium San Siro semalam.



Liverpool telah menjamin tempat di pusingan kalah mati sebagai pemenang Kumpulan B sebelum perlawanan, membolehkan pengurus Juergen Klopp menggantikan lapan pemain dalam kesebelasan pertama.



Pemain gantian Liverpool masih terlalu tangkas bagi Milan - yang kini mendahului Serie A Italy - dan telah tersingkir dari pertandingan elit itu.



Perlawanan, namun, bermula dengan positif bagi Milan, yang menjaringkan gol melalui Fikayo Tomori, yang mengambil kesempatan kesilapan Takumi Minamino untuk menyambar bola yang hanya dapat ditepis Alisson Becker sebelum merembatnya ke gawang.



Gol itu bak menyengat Liverpool untuk merancakkan serangan dan ia mendapat ganjaran yang diraih menerusi Mohamed Salah yang menjaringkan gol penyamaan tujuh minit selepas gol Milan itu.



Ini bermakna Salah adalah pemain Liverpool pertama sejak Ian Rush pada tahun 1980-an, yang berjaya menjaringkan 20 gol dalam lima musim berturut-turut. Beliau juga adalah pemain Liverpool yang paling banyak menjaringkan gol di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, dengan tujuh gol.



Liverpool terus menguasai permainan selepas itu dan Divock Origi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-55.



Sadio Mane meloloskan diri di petak penalti Milan dan merembat bola yang berjaya ditampar oleh penjaga gawang Mike Maignan.



Namun bola itu melantun ke arah Origi, yang menanduk masuk ke gawang yang kosong.



Bercakap kepada media selepas perlawanan, Klopp berkata pasukannya beraksi mengikut jangkaan.



"Saya tidak ada sebarang keluhan... setiap pemain yang diturunkan bersikap profesional dan melaksanakan tugas masing-masing. Kini kami berehat bagi bersiap bagi pusingan seterusnya," ujar Klopp.



Liverpool melangkah ke pusingan kalah mati sebagai antara pasukan yang paling digeruni, dengan kelab-kelab lain seperti Bayern Munich, Real Madrid dan dua kelab Liga Perdana England lain - Chelsea dan Manchester City - dianggap antara pesaing utamanya.



Namun, City terpaksa membina semula momentum kemenangan dalam pusingan kalah mati, selepas kalah mengejut 1-2 kepada RB Leipzig di padang lawan.



City juga mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain, selepas Kyle Walker dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-80, selepas beliau sengaja mengasari Andre Silva.



Leipzig, yang melepaskan enam gol kepada City dalam perlawanan pertama di Etihad, namun tidak memerlukan kelebihan jumlah pemain untuk mengatasi lawannya itu.



Ia telah menjaringkan gol pertama seawal minit ke-24 menerusi Dominik Szoboszlai, sebelum Silva menggandakan jaringan pada minit ke-17. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >