Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RANCANGAN PRAMUSIM EPL

Liverpool mungkin adakan perlawanan pramusim di S'pura

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



PEMINAT Liverpool Singapura mungkin dapat melihat pemain kegemaran mereka beraksi di sini, dan menyanyikan lagu kelab You'll Never Walk Alone bersama tidak lama lagi.



Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan difahamkan bahawa pasukan kendalian Jurgen Klopp itu sedang dalam perbincangan untuk bermain satu perlawanan persahabatan pramusim di Stadium Negara tahun ini.



The Athletic melaporkan bahawa Liverpool telah mengadakan perbincangan untuk berdepan rakan kelab Liga Perdana England (EPL) Crystal Palace pada 15 Julai di Singapura.



Pengumuman rasmi dijangka dibuat bulan depan.



Perlawanan itu dijangka diadakan sebagai sebahagian trofi Asia Liga Perdana - satu-satunya pertandingan berkaitan EPL yang diadakan di luar England.



Arsenal, Stoke City, Everton dan pasukan pilihan Singapura bersaing bagi trofi itu di sini pada 2015.



Edisi terakhir kejohanan pramusim itu diadakan di China pada 2019.



Dalam satu wawancara bersama ST kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Sports Hub Lionel Yeo berkata rundingan sedang dijalankan bagi perlawanan itu diadakan di Stadium Negara.



Sebelum pandemik, stadium di Kallang yang boleh menampung 55,000 penonton itu menjadi tuan rumah bagi kelab gergasi Eropah seperti Manchester United, Tottenham Hotspur dan Inter Milan sebagai sebahagian daripada Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC).



Pada Julai 2019, lebih 52,000 penonton hadir di Stadium Negara untuk menyaksikan United menewaskan Inter Milan 1-0 bagi ICC.



Apabila ditanya apakah pertandingan itu bakal kembali pada 2022, menyusuli rehat dua tahun akibat Covid-19, Yeo berkata:



"ICC adalah sesuatu yang anda harus dengar daripada STB (Lembaga Pelancongan Singapura) kerana mereka pihak yang berhubungan dengan pemegang hak ICC.



"Tetapi, apa yang saya akan katakan ialah bagi Julai ini, kami masih dalam perbincangan tentang kemungkinan menganjurkan beberapa perlawanan pramusim bola sepak Eropah."



Jika perlawanan Liverpool menentang Palace diteruskan, ia akan menjadi kali keempat The Reds bermain di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >