BASEL: Liverpool tidak mampu tercicir mata apabila bertemu FC Basel dinihari esok, dengan juara bertahan, Real Madrid, menanti dalam dua perlawanan seterusnya dalam Kumpulan B, Liga Juara-Juara Eropah.
Namun naib juara Liga Perdana England (EPL) musim lalu itu mungkin perlu memburu tiga mata maksimum tanpa penyerang utama, Daniel Sturridge, yang masih cedera.