Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool 'sangat lega' menang 2-0 ke atas Everton

Pasukan Klopp naik ke tangga kesembilan, Everton hanya satu mata di luar zon penyingkiran
Feb 15, 2023 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Bos Liverpool Jurgen Klopp berkata Liverpool akhirnya bermain seperti diri sebenar mereka semasa mereka mengalahkan Everton 2-0 di Anfield pada Isnin.



"Rasanya memang seperti kami yang bermain, permainannya pun kelihatan seperti kami yang bermain," katanya selepas The Reds mencatat kemenangan EPL pertama mereka pada 2023.



Mohamed Salah membuka jaringan pada minit ke-36 selepas bergabung dengan Darwin Nunez dalam satu serangan balas sejurus selepas Everton terlepas dua peluang besar untuk mendahului.



Dwight McNeil nyaris menemui sasaran bagi Everton, manakala percubaan James Tarkowski terkena palang gawang.



Penyerang Cody Gakpo memperluas kedudukan pada awal babak kedua perlawanan derby Merseyside yang lazimnya pantas itu, untuk memperoleh gol sulung dalam perlawanan ketujuhnya bagi Liverpool, sejak menyertai daripada PSV Eindhoven dengan yuran pemindahan yang dilaporkan sebanyak £37 juta ($59.7 juta).



Liverpool turun padang menyusuli tiga kekalahan dalam empat perlawanan liga terakhir mereka, sambil melepaskan sembilan gol dan menjaringkan hanya satu.



Everton pula berharap dapat mengubah nasib mereka di bawah pengurus baru Sean Dyche selepas kemenangan mengejut ke atas pendahulu Arsenal.



Namun, Liverpool lebih kuat dan tajam daripada jiran sebandar mereka, dan kemenangan itu membolehkan mereka naik ke tangga kesembilan liga dengan 32 mata selepas 21 perlawanan.



Everton menduduki tempat ke-18 dengan 18 mata daripada 22 perlawanan, satu mata untuk selamat daripada zon penyingkiran.



"Keputusan itu sangat melegakan," kata Klopp kepada BBC Match of the Day.



"Semakin baik anda bermain, semakin besar kemungkinan anda menjaringkan gol. Keseluruhan persembahan amat penting bagi kami kerana kami perlu membuktikan keupayaan kami," kata Klopp.



Salah sependapat dengan pengurusnya.



"Ia adalah satu kemenangan besar untuk kami," kata penyerang Mesir itu.



"Kami mempunyai minggu sempurna untuk berlatih dan pemain sangat ghairah dan kami tidak sabar menunggu perlawanan ini untuk mengubah segala-galanya dan mudah-mudahan keputusan ini adalah permulaannya."



Liverpool mengalami musim hambar berdasarkan standard tinggi kelab itu, selepas gagal merampas mahkota liga daripada Manchester City pada hari terakhir musim lalu, tetapi mereka masih mempunyai sedikit harapan untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Mereka ketinggalan sembilan mata di belakang Newcastle United, yang menghuni tempat keempat, tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding pasukan Eddie Howe itu, manakala keyakinan Gakpo dijangka bertambah selepas gol pertamanya itu.



Salah, penjaring gol terbanyak bersama dalam Liga Perdana musim lalu, juga akan berasa lega apabila mendapatkan gol pertamanya sejak jaringannya menentang Aston Villa pada 26 Disember.



Skuad Klopp dirangsang oleh kepulangan penyerang Diogo Jota, yang membuat penampilan pertamanya sejak mengalami kecederaan betis pada Oktober, selepas beliau dimasukkan pada minit ke-70.



Bagaimanapun, pemain pertahanan berpengaruh mereka, Virgil van Dijk, hanya duduk di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan hamstring pada awal Januari.



Perjuangan Liverpool musim ini tidak seteruk berbanding Everton, yang bulan lalu memecat Frank Lampard, pengurus ketujuh yang dipecat oleh pemilik kelab itu, Farhad Moshiri, sejak 2017. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >