MELIHAT raut wajahnya sudah cukup menggambarkan kekecewaan yang dirasai pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.
Apa tidaknya. Daripada dijulang kegembiraan dan bersemangat melihat pemain Liverpool membuka jaringan seawal minit ke-18, berada dalam kedudukan selesa 3-0 pada minit ke-55 dan bertahan hingga minit ke-78, wajahnya bertukar muram dan hampa apabila anak didiknya melepaskan tiga gol bagi membolehkan Crystal Palace mencatat keputusan seri 3-3 di Selhurst Park.