LONDON: Jermain Defoe menjaringkan dua penalti sedang Sunderland, yang kini berkedudukan tiga dari bawah, menghalang Liverpool daripada terus merapatkan mata dengan Chelsea yang berada di tangga teratas Liga Perdana dengan keputusan seri 2-2 kelmarin.
Liverpool menjaringkan dua gol menerusi Daniel Sturridge and Sadio Mane, tetapi dua tendangan penalti Defoe bermakna Chelsea terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga.