Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liverpool tunjuk taring benam Leicester 4-0

Jul 30, 2023 | 7:43 PM
TEWASKAN PENJAGA GAWANG: Ben Doak mengalahkan penjaga gawang Leicester Mads Hermansen untuk menghasilkan jaringan keempat Liverpool.
TEWASKAN PENJAGA GAWANG: Ben Doak mengalahkan penjaga gawang Leicester Mads Hermansen untuk menghasilkan jaringan keempat Liverpool. - Foto REUTERS

Liverpool menunjukkan taringnya dengan menundukkan Leicester City 4-0 dalam satu perlawanan pramusim di Stadium Negara di sini pada Ahad.

Anak didik Jurgen Klopp memecahkan kebuntuan setengah jam selepas perlawanan bermula dengan jaringan penyerang Darwin Nunez.

Awal sebelum itu, pemain tengah baru Liverpool, Alexis Mac Allister, hampir mendapatkan ‘assist’ pertama tetapi rembatan Diogo Jota hasil hantarannya diselamatkan penjaga gawang Leicester, Mads Hermansen.

Bakat muda Bobby Clark menggandakan kedudukan lima minit kemudian dengan rembatan kencang dari kawasan tengah kotak penalti.

Hantaran lintang Mohamed Salah pula disempurnakan Jota melalui tandukan tiga minit selepas jaringan Clark.

Gol keempat Liverpool dijaringkan oleh Ben Doak pada minit ke-64, sekali gus menamatkan peluang peluang Leicester untuk mengecilkan jurang, apatah lagi menyamakan kedudukan.

Leicester, yang tersingkir ke Liga Championship bagi musim 2023/24, kelihatan terkial-kial untuk membendung serangan Liverpool.

Tambahan pula ketumpulan bahagian hadapan pasukan itu amat ketara setelah anak didik Dean Smith terperangkap dalam kedudukan ‘offside’ sebanyak dua kali berturut-turut pada separuh masa pertama.

Sebelum ini, Leicester sepatutnya berhadapan dengan Tottenham Hotspur di Stadium Rajamangala, Bangkok, tetapi perlawanan tersebut dibatalkan setelah hujan lebat membuat keadaan padang tidak sesuai.

Sungguhpun masih di peringkat awal, kemenangan Liverpool mungkin memberi bayangan tentang gaya permainan yang bakal dipersembahkan mereka pada bagi musim Liga Perdana England (EPL) akan datang.

Dengan sentuhan golnya pada peringkat pramusim, Jurgen Klopp sudah pasti ingin Nunez mengulangi prestasi baiknya dan menjaringkan lebih banyak gol apabila musim bermula.

Mentelah perlawanan pembukaan EPL bagi Liverpool ialah menentang Chelsea pada 13 Ogos.

Liverpool akan berhadapan dengan Bayern Munich pada Rabu dalam perlawanan terakhir Festival Bola Sepak Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg