Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aston Villa dapatkan tenaga pemain pertahanan Pau Torres dari Villareal

Jul 13, 2023 | 2:15 PM
PEMAIN BARU: Aston Villa berjaya mendapatkan pemain pertahanan Pau Torres dari Villareal.
PEMAIN BARU: Aston Villa berjaya mendapatkan pemain pertahanan Pau Torres dari Villareal. - Foto REUTERS

VILLAREAL: Aston Villa telah menandatangani pemain bek tengah antarabangsa Sepanyol, Pau Torres, dari kelab Villarreal dengan bayaran yang tidak didedahkan, kata kelab Liga Perdana England (EPL) itu pada Rabu.

Namun media Britain melaporkan Torres mempunyai klausa pelepasan sebanyak 70 juta euro  ($77.64 juta) tetapi dengan baki setahun dalam kontraknya bersama Villarreal, dan pasukan EPL itu telah bersetuju dengan bayaran dalam lingkungan £31.5 juta ($40.88 juta).

“Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu, yang telah beraksi sebanyak 23 kali buat negaranya Sepanyol, tiba di Villa dengan bayaran yang tidak didedahkan,” kata Villa dalam satu kenyataan.

“Berasal dari Villarreal, Torres mula menyertai kelab kampung halamannya dan kemudian menjadi pemain utama untuk pasukan La Liga itu.”

Torres memenangi Liga Europa bersama Villarreal di bawah pengurus Unai Emery apabila mereka menewaskan Manchester United pada final 2021.

Beliau menyertai Youri Tielemans antara pemain baru Villa selepas pemain tengah itu menyertai dari Leicester City bagi menambah pengalaman kelab itu menjelang kempen Liga Persidangan Europa mereka. – Reuters.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg