Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liyana Ong atlet ragbi wanita pertama S’pura wakili kelab Ireland

Nov 14, 2023 | 5:30 AM
KEMBANG SAYAP KE IRELAND: Liyana Ong bakal menyarung jersi Kelab Wanita Ragbi Cooke di Belfast, Ireland.
KEMBANG SAYAP KE IRELAND: Liyana Ong bakal menyarung jersi Kelab Wanita Ragbi Cooke di Belfast, Ireland. - Foto BH oleh KHALID BABA

Setelah mewakili Singapura dalam beberapa pertandingan di peringkat Asia pada 2023, pemain ragbi tujuh sepasukan wanita Singapura, Liyana Ong, bakal membuktikan diri di Eropah pula.

Disember ini, Liyana, 29 tahun, akan ke Belfast, Ireland, untuk menyarung jersi Kelab Wanita Ragbi Cooke.

Kelab itu kini sedang beraksi dalam Liga All Ireland Energia, iaitu liga tertinggi ragbi 15 sepasukan wanita Ireland.

Penampilan Liyana dalam liga itu akan menjadikannya warga Singapura pertama berbuat sedemikian.

Liyana membuat penampilan sulungnya untuk Singapura dalam tujuh sepasukan pada Ogos 2022.

Pasukan negara dinobat juara untuk melayakkan diri ke kejohanan Tujuh Sepasukan Ragbi Asia (ARSS) pada 2023.

Selain itu, beliau dipilih mewakili negara di Sukan Asia Hangzhou dan Tujuh Sepasukan Asia Tenggara pada 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg