Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas pemain ragbi England, Maggie Alphonsi, mengenang perjalanannya mendapat pengiktirafan dan penghargaan

Merubah persepsi terhadap sukan wanita

Oct 09, 2023 | 05:31 AM



Maggie Alphonsi sudah ‘jemu’ melayan perasaan terhutang budi.

Itu bukan bermakna bekas pemain England dan kelab Saracens ini tidak menghargai apa yang dicapainya dalam sukan ragbi.

Pencapaiannya termasuk tujuh kejuaraan negara berturut-turut dan pingat juara Piala Dunia 2014. Tiada pemain yang menyumbang sebanyak itu untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap sukan ragbi wanita.

Tetapi beliau kini bersedia untuk mendakap nilainya yang sebenar dalam sukan tersebut.

“Perjalanan saya sebagai pemain ragbi wanita menunjukkan kepada saya bahawa saya sentiasa berasa diri saya dilayan sebagai warga kelas kedua, tetapi pada masa yang sama, saya juga benar-benar bersyukur dan ini satu percanggahan yang pelik,” ujarnya.

“Namun, apabila saya melihat kembali, saya jadi marah pada diri saya sendiri kerana bersikap begitu, iaitu saya berterima kasih berada di sini, saya terhutang budi kerana dapat bermain untuk negara saya...

“Saya perlukan seseorang dari luar untuk memberi saya perspektif berbeza dan mengatakan saya tidak harusnya berpendirian sedemikian,” ujarnya.

Tanggapan tentang seorang individu yang sanggup berjuang untuk dirinya sendiri dan orang lain begitu jelas dalam kisah hidup Alphonsi.

Tajuk autobiografi barunya – Winning The Fight – dimulakan dengan pergaduhan antara Maggie dengan seorang remaja lelaki yang, seperti Alphonsi, dibesarkan di ladang di daerah utara London.


Ia bukan kali pertama Alphonsi melepaskan tumbukan, dan setelah dibuang sekolah, beliau sedar sesuatu harus berubah.

Perubahan itu datang dalam bentuk sukan dan kesatuan ragbi, yang diperkenalkan kepadanya oleh Liza Burgess – yang, selain menjadi guru Pendidikan Fizikal di sekolah Alphonsi, mewakili kelab Saracens dan negara Wales.

“Bola sepak adalah sukan utama di tempat saya dibesarkan,” kata Alphonsi.

“Ragbi bukanlah sukan yang sinonim dengan orang seperti saya.

“Saya dibesarkan di ladang milik kerajaan, saya datang daripada keluarga ibu tunggal, saya seorang berkulit gelap, dan seorang wanita... ragbi tidak dilihat sebagai sukan untuk orang seperti itu.

“Tetapi saya benar-benar meminati ragbi. Saya mempunyai tangan yang besar dan kaki yang besar, dan adakalanya saya dibuli kerana itu di sekolah dan kerana tidak sesuai dengan stereotaip sebagai seorang wanita kecil molek – tetapi apabila saya berkecimpung dalam sukan ragbi, saya diterima, dan ia adalah langkah terbaik yang pernah saya lakukan.”

Alphonsi telah menemui bukan hanya sukannya, malah seruannya.

Beliau mendapat ‘cap’, atau penampilan bagi England, pertamanya pada 2003, kemudian mengalami kecederaan selama setahun sebelum pulih sepenuhnya dan memperkukuh kedudukannya dalam pasukan negara.

Namun, sebagai seorang wanita dalam apa yang masih dianggap sebagai ‘permainan lelaki’, kejayaan Alphonsi sentiasa disertai dengan pelbagai ‘tetapi’.

Ini meskipun beliau telah memenangi enam kejuaraan nasional dan pingat naib juara berturut-turut Piala Dunia 2006 dan 2010 serta pengiktirafan awam yang semakin meningkat sebagai individu.

Terdapat juga tuntutan mengimbangi tugas antarabangsa dengan pekerjaan sepenuh masa.

Situasi ini bermakna Alphonsi kadangkala terpaksa menolak peluang untuk mewakili England dan menambah jumlah ‘cap’ antarabangsa yang dikumpulnya.

Dalam mengimbas ‘tetapi’ dalam kerjaya gemilangnya, beliau juga terkenangkan ketika beliau dan rakan-rakan seperjuangannya terpaksa ke kedai dobi semasa mewakili negara dalam pertandingan Piala Dunia untuk mencuci seragam ragbi mereka sendiri.

Hanya pada 2014, setelah beliau mencapai impiannya memenangi Piala Dunia dengan kemenangan 21-9 ke atas Canada, Alphonsi berasa sukan ragbi wanita akhirnya mula diiktiraf.

“Sungguh mengagumkan betapa ia masih bergema dalam minda ramai orang, “ kata Alphonsi.

“Saya memenanginya pada kali terakhir saya menyarung jersi putih England, dan saya masih ingat bagaimana saya diselubungi emosi yang sangat kuat, kerana saya benar-benar mahu memenangi pingat emas itu.

“Melihat kembali apa yang saya dan pasukan saya lakukan, ia adalah sesuatu yang amat istimewa, bukan hanya bagi individu yang menganggotai pasukan bahkan untuk orang-orang sebelum ini, yang menyumbang kepada usaha kami sehingga berjaya ke tahap itu.

“Orang ramai tidak pernah melihat ragbi sebagai permainan wanita, namun tiba-tiba mereka melihat pasukan England memenangi Piala Dunia, segala-galanya berubah. Kesannya bukan hanya ke atas ragbi, malah kami berjaya mengubah sikap dan persepsi terhadap sukan wanita secara amnya.

“Kami adalah sebahagian daripada peralihan momentum itu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >