Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Loh Kean Yew tersingkir pada pusingan pertama

Kejohanan Badminton Asia: Pasangan beregu campuran S’pura – Terry Hee dan Jessica Tan – kalahkan beregu Taiwan untuk mara ke pusingan seterusnya
Apr 11, 2024 | 04:58 PM



Selepas kejayaannya dalam Masters Sepanyol Madrid, bintang badminton Singapura, Loh Kean Yew, menyasar mengecapi satu lagi kejayaan di Kejohanan Badminton Asia setelah tewas pada peringkat akhir kejuaraan itu pada 2023.

Namun, pemain nombor 10 dunia itu tersingkir pada pusingan pertama perseorangan lelaki pada 10 April, tewas 18-21, 21-18, 21-17 kepada pemain ranking ke-12 Jepun, Kenta Nishimoto, di Pusat Sukan Olimpik di Ningbo, China.

Kekalahan itu berlaku 10 hari selepas pemain berusia 26 tahun itu menewaskan pemain Perancis, Toma Junior Popov, di Madrid untuk menjulang trofi Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) ketiganya.

Kemenangan di Madrid itu sekali gus mengakhiri penantian beliau selama 833 hari untuk mengecapi sebuah gelaran dunia, lapor The Straits Times.


Ini adalah penyingkiran pusingan pertama ketiga Loh dalam musim perlawanan 2024, yang memaparkan prestasi beliau yang kurang konsisten, dengan beliau turut mara ke dua suku akhir dan satu lagi final, dalam Masters Thailand.

“Saya rasa persembahan saya lebih baik daripada sebelum ini, tetapi masih ada ruang untuk dibaiki,” ujar Loh.

Nishimoto mempunyai rekod menang 3-0 bagi perlawanan dengannya, termasuk kemenangan dua set semasa Kejohanan Berpasukan Asia pada Februari.

Loh memulakan perlawanan dengan rentak baik dan memberangsangkan, dan sabar dengan permainan rentak perlahan.

Walaupun Nishimoto dapat merapatkan jurang lima mata kepada 18-17, Loh dapat bertahan dan memenangi perlawanan set pertama.

Dalam perlawanan set kedua, Loh sekali lagi mendahului 10-8 tetapi perlawanan mula berubah apabila Loh membuat kesilapan berturut-turut, membolehkan Nishimoto meraih lima mata seterusnya, meraih rentak dan menyamakan kedudukan 1-1.

Dalam perlawanan set penentu, Nishimoto mendahului 6-2, dan Loh terkial-kial dalam perlawanan itu. Lawannya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-17.

Selepas ini, Nishimoto akan menentang pemain pilihan utama China, Shi Yuqi, yang menewaskan Lakshya Sen dari India 21-19, 21-15.

Menyedari bahawa masih ada “banyak yang positif”, jurulatih perseorangan Singapura, Kelvin Ho, berkata:

“Beliau (Loh) menghadapi beberapa keadaan kurang baik semasa perlawanan yang memberi lebih banyak cabaran kepadanya...

“Walaupun dengan cabaran itu, beliau menunjukkan semangat juang yang baik dan motivasi tinggi sepanjang masa.

“Kami sedang berusaha mengubah permainan dan strateginya. Beliau menunjukkan prestasi baik dalam (mengubah permainan dan strategi) ini semasa perlawanan dan ia sesuatu yang baik baginya untuk perlawanan akan datang.”

Beliau menambah bahawa amat kritikal bagi Loh kekal fokus dan terus bersedia dari segi mental sepanjang perlawanan bagi mencapai persembahan baik.

Terdapat sedikit keceriaan dalam kem Singapura apabila pasangan beregu campuran badminton ranking ke-19, Terry Hee dan Jessica Tan, meraih kemenangan 21-19, 21-9 ke atas pemain nombor 35 dunia dari Taiwan, Chang Ko-chi dan Lee Chih-chen, dalam masa 37 minit, dan mara ke pusingan seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >