Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET MINGGU INI

Southgate: Kanepindah ke Jerman‘baik’ untuk England

Sep 04, 2023 | 06:24 PM



LONDON: Pemindahan kapten England, Harry Kane, dari Tottenham Hotspur ke Bayern Munich boleh memanfaatkan pasukan nasional, menurut pengurus pasukan England, Gareth Southgate.


Penyerang berbisa berusia 30 tahun itu berpindah ke Bayern dari Spurs musim panas kali ini menyusuli spekulasi tentang masa depannya.

Kane merupakan penjaring terbanyak England dengan 58 gol dalam 84 penampilan.

“Saya perlu lihat daripada sudut berbeza bahawa sudah sampai masanya untuk masa depan Kane terjamin buat jangka panjang,” kata Southgate.

“Ia juga baik baginya berpindah agar dapat mengasah terus kehebatannya dengan kelab lain.

“Beliau sudah bersama dengan hanya sebuah kelab terlalu lama.

“Untuk menjalani perubahan, bermakna anda perlu meyakinkan rakan seperjuangan yang baru, kakitangan baru, peminat baru dan juga pengalaman kehidupan dalam menyesuaikan diri di sebuah negara baru.







“Namun terdapat banyak perkara positif di sebalik itu semua,” jelasnya.

Kane yang telah bersama Spurs sejak menyertai akademi pasukan itu pada 2004, berpindah ke Bayern dengan harga £86.4 juta ($147.5 juta) selain kos tambahan lain.

Beliau gagal memenangi sebarang kejuaraan semasa bersama Spurs.

Spurs hanya mendapat tempat kedua apabila ditewaskan dalam final Liga Juara-Juara 2019, selain tewas dalam dua final Piala Liga.

Namun beliau mungkin mampu menang trofi kejuaraan utamanya yang pertama sekiranya dapat membantu Bayern menjuarai Bundesliga buat kali ke-12.

“Saya pasti atas kepercayaannya sendiri, beliau akan dapat mencapai hasrat tersebut,” tambah Southgate.

England dijadualkan berhadapan dengan Ukraine dalam kelayakan Euro 2024 tengah malam tadi di Poland dan menentang Scotland dalam satu perlawanan persahabatan di Hampden Park pada 12 September.


Semasa ditemu ramah Sky Sports, Kane akur akan kehebatan yang dilaluinya pada masa ini.


Beliau jaringkan satu gol yang juga gol pertamanya semasa menentang Werder Bremen dalam perlawanan pertama Bundesliga.

“Rasanya hebat kerana sebelum ini banyak yang diperkatakan tentang pemindahan saya,” katanya.

Ditanya tentang permainan di Jerman berbanding di England, Kane berkata:

“Sejujurnya memang menarik sekali. Apatah lagi para peminat kededua pasukan memberi sokongan hebat. Suasananya sudah pasti berbeza berbanding di England.”

APA KATA KAPTEN BARU SPURS SON HEUNG-MIN

Sementara itu, kapten baru Spurs, Son Heung-min, pula menyatakan bahawa pasukan Liga Perdana England (EPL) itu sedang menyesuaikan diri tanpa kehadiran Kane.

Son, yang sebelum ini membentuk gandingan paling berbahaya bersama Kane dalam EPL, berkata beliau sendiri agak terkejut apabila mendapat tahu rakan baiknya itu akan berpindah ke Bayern Munich.

Namun beliau anggap pemindahan Kane itu sedikit sebanyak mendorong seluruh skuad itu untuk bermain dengan lebih baik.

“Tidak dapat dinafikan Harry Kane seorang pemain amat penting dalam pasukan kami.

“Beliau memang salah seorang pemain terbaik di dunia dan salah seorang pemain terbaik yang pernah bergandingan dengan saya.

“Jika anda mempunyai Harry Kane dalam pasukan anda, sudah pasti pasukan itu boleh perolehi 20 hingga 30 jaringan dengan mudah.

“Tapi ini bola sepak dan sekiranya ada pemain yang perlu berpindah, kita perlu hormati keputusannya.

“Harry telah lakukan yang terbaik buat Tottenham dan sebagai sebuah kelab, dan para pemain sendiri perlu hormati satu sama lain dan memandang ke hadapan.

“Kini tanpa Harry Kane, maka setiap seorang daripada kita perlu bermain dengan lebih baik, bertanggungjawab semasa di padang dan jaringkan gol,” kata Son. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >