Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lukaku bukan kelas dunia atau tidak dihargai?

Penjaring gol terbanyak Belgium dipinjam ke Roma lepas tidak bersinar di Chelsea
Sep 11, 2023 | 05:30 AM



ITALY: Romelu Lukaku telah meninggalkan Chelsea pada 1 September untuk kembali ke Serie A, kali ini bersama AS Roma.


Beliau dianggap sebagai antara pemain hebat semasa bermain dalam Liga Perdana England (EPL) menyusuli 121 jaringan – menjadikan beliau antara 20 penjaring terbanyak dalam sejarah 31 tahun liga itu.

Lukaku meninggalkan Stamford Bridge sekitar 13 tahun selepas kali pertama beliau menyertai pasukan itu daripada Anderlecht sebagai seorang pemain remaja berusia 18 tahun.

Dua musim kemudian, nilai pemain asal Belgium itu, yang berusia 30 tahun sekarang, mencapai £97.5 juta ($166.6 juta).

Memandangkan pemindahannya ke Roma hanya satu pinjaman, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain termahal dengan yuran pemindahan mencecah £300 juta.

Penyerang itu dianggap hebat berdasarkan gol yang dijaringkannya dalam setiap perlawanan EPL. Kadar jaringan beliau ialah 0.44 gol bagi setiap perlawanan dalam 278 penampilan.

Namun, sesetengah pengkritik menganggap Lukaku tidak membawa kejayaan kepada dirinya semasa bermain di England.

Apakah beliau kurang dihargai atau, berdasarkan jumlah belanja yang dikeluarkan untuknya, tidak memenuhi jangkaan EPL?

NAMA NAIK


Nama Lukaku mulai naik di Chelsea.

Dipilih semasa beliau masih remaja, Lukaku bermain sebanyak 15 kali dalam semua pertandingan sepanjang dua musim pertamanya di Chelsea. Namun, beliau tidak menjaringkan sebarang gol.

Semasa dipinjamkan ke West Bromwich, prestasi beliau berubah – menjadi baik dengan menjaringkan 13 gol dalam EPL – lebih banyak daripada sebarang pemain Chelsea pada musim 2012-2013.

Jaringannya termasuk satu hatrik dalam keputusan seri 5-5 menentang Manchester United semasa Sir Alex Ferguson mengurus United.

Jaringannya terus bertambah semasa dipinjamkan ke Everton pada musim selanjutnya, dan beliau kemudian bermain sepenuh masa di Goodison Park pada yuran pemindahan £28 juta pada 2014.

Penyerang berbisa itu kemudian menjaringkan 68 gol dalam 141 perlawanan EPL, menjadi penjaring terbanyak Everton dalam pertandingan tersebut.

Beliau juga menjadi pemain keempat menjaringkan 80 gol dalam semua perlawanan sebelum berusia 24 tahun – selepas Michael Owen, Robbie Fowler dan Wayne Rooney.

Dua puluh lima gol yang dijaringkan Lukaku pada musim 2016-2017 kekal sebagai jumlah terbanyak dalam satu musim liga.

Ia adalah kali pertama seorang pemain Everton menjaringkan lebih 20 gol dalam satu musim Liga Perdana selepas Gary Lineker melakukannya pada musim 1985-1986.

Selepas mengutuk Everton kerana kurang bercita-cita dan kemudian menolak tawaran baru, Lukaku dibawa pengurus Jose Mourinho ke Manchester United pada harga £75 juta.

Semasa di United, prestasi baik Lukaku berterusan, dengan 10 gol dalam sembilan perlawanan pertama dalam semua pertandingan, sekali gus memperbaiki rekod Sir Bobby Charlton yang menjaringkan sembilan gol dalam sembilan perlawanan.

Lukaku mengakhiri penampilannya bersama United dengan 27 jaringan, termasuk 16 gol dalam EPL.

NAMA PUDAR


Dua tahun selepas meninggalkan EPL untuk bermain bagi Inter Milan, Lukaku kembali ke Chelsea pada 2021.

Malangnya, apa yang diharapkan Chelsea tidak berlaku. Lukaku hanya menjaringkan lapan gol untuk pasukan itu dalam 26 permainan.

Malah, dalam kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Crystal Palace pada Februari 2022, Lukaku hanya menyentuh bola tujuh kali.

Beliau kemudian dipinjamkan semula ke Inter Milan, sebelum berpindah ke Roma untuk menyertai pasukan bimbingan Mourinho musim ini.

Semasa di Serie A, Lukaku menyumbangkan sebanyak 76 jaringan dalam 97 perlawanan liga Italy itu.

Lukaku membuat penampilan sulung antarabangsa seniornya pada 2010, dan telah mewakili negaranya di lima kejohanan utama: Kejohanan Eropah Uefa 2016 dan 2020 dan Piala Dunia Fifa 2014, 2018 dan 2022.

TIDAK DIHARGAI?


Beliau menjaringkan 75 gol dalam 108 penampilan untuk Belgium – menjadi penjaring gol terbanyak Belgium sepanjang masa.

Namun, Lukaku berasa rekod jaringannya tidak mendapat penghargaan sewajarnya.

“Apabila orang ramai bercakap tentang (Robert) Lewandowski, Karim Benzema atau Harry Kane, mereka berkata pemain-pemain itu bertaraf dunia,” kata Lukaku semasa Euro 2020.

“Tapi bila bercakap tentang saya, mereka hanya kata, ‘persembahannya baik’. Ini mendorong saya bekerja lebih keras.

“Malah, saya tahu saya berada dalam golongan pemain kelas dunia.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >