Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Sevilla julang trofi Liga Europa

Jun 01, 2023 | 03:56 PM



BUDAPEST: Sevilla meraih kejuaraan Liga Europa ketujuh mereka selepas menundukkan Roma menerusi tendangan penalti di Stadium Puskas Arena di Budapest, Hungary.


Gonzalo Montiel, yang menjaringkan gol kemenangan penalti buat Argentina dalam final Piala Dunia menentang Perancis, mengulangi kejayaan itu buat pasukan Sepanyol tersebut selepas kededua pasukan terikat 1-1.

Sevilla telah memenangi kesemua tujuh final yang melibatkan mereka dalam pertandingan tersebut, dengan kapten pasukan, Jesus Navas, turut terlibat dalam kemenangan pertama pasukan itu semasa menundukkan Middlesbrough pada 2006.

Kemenangan itu melayakkan mereka untuk Liga Juara-Juara pada musim akan datang meskipun tidak menduduki empat tangga teratas La Liga.

Sebaliknya, pengurus Roma Jose Mourinho, yang telah memenangi lima perlawanan final Eropah yang melibatkannya selain memimpin Roma ke Liga Conference Europa buat kali pertama pada musim lalu, gagal mengulangi kejayaan tersebut buat pasukannya.

Dalam perlawanan tersebut, Paulo Dybala, telah meletakkan Roma di hadapan semasa separuh masa pertama hasil umpanan rakan sepasukannya Giancula Mancini yang tepat kepadanya, sebelum penyerang itu menendang bola melepasi penjaga gawang Sevilla, Yassine Bounou.

Roma kemudian menguji Bounou menerusi percubaan Meonardo Spinazzola sebelum masuk waktu rehat separuh masa, namun gagal melaksanakannya dengan baik.

Sevilla yang enggan mengalah kemudian berhasil menyamakan kedudukan 10 minit selepas separuh masa kedua bermula apabila umpanan Navas dari sebelah kanan terkena pemain pertahanan Roma, Mancini, sebelum bola melantun masuk ke gawang. Ini bermakna gol sendiri oleh Mancini.

Secara keseluruhannya, Roma mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi perlawanan tersebut sepanjang 90 minit perlawanan dengan Tammy Abraham dan Roger Ibanez gagal menjaringkan gol dari jarak dekat, sementara percubaan Andrea Belotti tersasar dari pintu gol Sevilla.

Sementara itu Sevilla seolah-olah akan diberikan tendangan penalti selepas Lucas Ocampos dikatakan dijatuhkan hasil terkaman Ibanez, namun pengadil England, Anthony Taylor, mengubah keputusan itu susulan penilaian pengadil bantuan video (VAR).

Pemain Sevilla, Erik Lamela, menganggap itu bukan persembahan terbaik mereka.

Berkata kepada media, pemain asal Argentina yang pernah menyarung jersi Tottenham Hotspur sebelum berpindah ke Sevilla pada 2021 berkata:

“Perasaannya hebat, tiada apa yang boleh dikatakan lagi.

“Ia bukan permainan yang mudah buat kami dan kami tidak rasa ia persembahan terbaik kami.

“Pasukan lawan bertahan dengan baik sehingga sukar buat kami cari ruang.”

Keadaan di padang kemudian menjadi tegang sepanjang 30 minit masa tambahan.

Tandukan Chris Smalling terkena tiang Sevilla 11 minit sebelum permainan tamat dalam masa tambahan.

Perlawanan itu jelas menunjukkan kekuasaaan Sevilla dalam pertandingan peringkat kedua Eropah.

Sedang Mourinho mencuba nasib dengan menamakan Dybala – meskipun di sebalik kecederaannya – dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak 13 April seolah-olah membuahkan hasil, namun Sevilla terus mengukuhkan pasukan dengan bangkit selepas jaringan Dybala.

Yang pasti pengaruh dan kecergasan Dybala terjejas sebelum beliau dikeluarkan pada separuh masa kedua.







Pasukan Sevilla di bawah bimbingan Jose Luis Mendilibar sememangnya hebat.

Malah pengurus itu yang merupakan ketiga buat Sevilla dalam kempen kali ini begitu menyerlah.

Beliau membimbing pasukannya daripada menghadapi kekalahan sehingga berjaya menundukkan dua kelab hebat, Manchester United dan Juventus, dalam perjalanan ke final.

Roma yang hanya memenangi satu daripada empat tendangan penalti dalam pertandingan Eropah, kelihatan gugup semasa tendangan diambil sehingga mereka terpaksa menarik keluar beberapa pemain seperti Lorenzo Pellegrini, Dybala dan Abraham.

Sebaliknya pula buat Sevilla yang kelihatan tenang dan dengan mudah menjaringkan kesemua empat tendangan mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >