Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Luncur papan selaju, ombak dan salji di tengah Orchard Road

Aug 24, 2023 | 5:49 PM
PENGALAMAN BARU: Trifecta membolehkan penduduk Singapura untuk mencuba sukan seperti meluncur ombak dan salji tanpa perlu ke luar negara.
PENGALAMAN BARU: Trifecta membolehkan penduduk Singapura untuk mencuba sukan seperti meluncur ombak dan salji tanpa perlu ke luar negara. - Foto ST

Walaupun Singapura tidak mempunyai resort ski, anda boleh meluncur, ski dan menggunakan papan salji di Orchard Road dengan pembukaan tarikan baru bertema sukan bernama Trifecta pada 28 Oktober.

Tempat sukan beraksi itu terletak di sebelah Taman Luncur Somerset.

Trifecta mempunyai tempat meluncur hibrid yang direka untuk kegiatan papan selaju atau skateboarding, dan peluncur ombak atau surfskating.

Kemudahan untuk kededua golongan yang baru mula meluncur ataupun yang berpengalaman disediakan bagi mereka untuk mempelajari ataupun berlatih meluncur ombak dan sukan musim sejuk tanpa meninggalkan Singapura.

Dalam siaran media pada Khamis, Trifecta menyatakan bahawa peminat sukan papan boleh cuba kededua sukan musim sejuk dan panas pada hari yang sama.

Trifecta akan beroperasi dari 7 pagi hingga tengah malam.

Sebagai sebahagian daripada rancangan menyegarkan Orchard Road, Trifecta diumumkan di Persidangan Industri Pelancongan anjuran Lembaga Pelancongan Singapura pada April 2022.

Ini sebahagian daripada suntikan $500 juta untuk menghidupkan semula sektor pelancongan yang terjejas sewaktu pandemik Covid-19.

Penggunaan teknologi akan ditonjolkan di Trifecta yang mempunyai tempat meluncur ombak di dalam bangunan dan simulator salji.

Di arena salji, terdapat mesin simulator ski realiti maya yang meniru rupa gunung semula jadi yang boleh muat seramai enam orang.

Kegiatan di arena salji, meluncur ombak dan meluncur hanya terbuka kepada mereka yang berumur enam tahun ke atas.

Tambahan pula, semua peserta harus menjalani program keselamatan yang diajar oleh pengajar terlatih Trifecta sebelum kelas bermula.

Pengguna akan dapat menempah sesi dan kelas, pantau jadual latihan mereka dan juga melakukan pembayaran tanpa tunai melalui sebuah aplikasi yang mempunyai sistem ganjaran.

Tempahan sudah dibuka melalui laman www.trifectasingapore.com.

Promosi ‘Early-bird’ untuk mendapatkan diskaun 10 peratus berlangsung sehingga 4 September. Jualan umum akan bermula pada 5 September.

Tempat makan yang menghidangkan sarapan sepanjang hari, makan tengah hari dan makan malam juga tersedia.

Kedai runcit perdana The Ride Side juga akan menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan di Trifecta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg