Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Majlis Persekutuan Sukan SEA iktiraf mendiang Tan Eng Liang dengan anugerah pencapaian sepanjang hayat

May 31, 2023 | 05:15 PM



BAGI mengiktiraf dedikasi sepanjang hayatnya dalam mempertingkat sukan serantau, pentadbir sukan veteran Singapura Tan Eng Liang, yang meninggal dunia pada Ahad, diberi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) – ‘Order of the Golden Rings’.

Ketua Pegawai Operasi SEAGF Chaiyapak Siriwat mengumumkan ini dalam satu kenyataan media pada Isnin, sehari selepas Tan, anggota majlis SEAGF yang sudah lama berkhidmat dan anggota seumur hidup kehormat, meninggal dunia akibat barah pada usia 85 tahun.

Chaiyapak memberi penghormatan kepada Tan dengan berkata: “Komitmen penuh dan pengalaman mendalam beliau, dengan integriti tertinggi dan sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan atlet, membawa perubahan inovatif dan kemajuan seimbang persekutuan ini dan Sukan SEA.”

Sambil memuji “khidmat teladan dan terbilang lama” serta “keghairahan tinggi dan dedikasi tidak putus selama beberapa dekad”, Chaiyapak berkata majlis itu pada 4 Mei sebulat suara meluluskan Tan dikurniakan anugerah khas itu.

Beliau menambah: “Khidmat bakti beliau akan sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada kita semua dalam keluarga SEAGF dan generasi akan datang.”

Tan, yang memulakan kerjaya sukannya sebagai pemain polo air, meraih pelbagai pencapaian di dalam kolam renang. Ini termasuk memenangi sebutir pingat gangsa dan dua pingat perak di Sukan Asia dan dua emas Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Sukan Seap, sekarang Sukan SEA).

Beliau juga sebahagian daripada pasukan Singapura di Sukan Olimpik Melbourne 1956, yang kekal sebagai satu-satunya masa negara ini membariskan pasukan polo air di pentas tertinggi sukan itu.

Selepas bersara sebagai pemain, Tan terus menyumbang kepada masyarakat sukan tempatan.

Beliau pengerusi Majlis Sukan Singapura, yang kini dinamakan Sport Singapore, dari 1975 to 1991 dan berkhidmat sebagai naib presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) selama 28 tahun.

Beliau juga chef de mission Singapura bagi 12 temasya sukan utama, termasuk Sukan Olimpik 2008 di Beijing, apabila negara ini mengakhiri kemarau 48 tahun pingat Sukan Olimpiknya dengan pasukan tenis meja wanita meraih pingat perak.

Walaupun selepas berundur sebagai naib presiden SNOC, komitmen Tan terhadap sukan Singapura tidak berkurangan.

Pada 2019, beliau mengetuai jawatankuasa pengurusan sementara untuk memulihkan keadaan dalam Persekutuan Taekwondo Singapura (STF), selepas keahlian badan itu dalam Taekwondo Dunia ditamatkan. Bagi mengiktiraf bakti beliau, Tan dianugerahkan tali pinggang hitam kehormat oleh STF pada awal Mei.

Pada 2021, Tan dan keluarganya membuat salah satu daripada sumbangan terbesar oleh seorang individu dalam sukan tempatan dengan menderma $500,000 bagi memulakan dana untuk membangunkan polo air di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >