Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU: MANCHESTER CITY LWN ARSENAL

Malam penentuan

Keupayaan mental kunci City pertahan kejuaraan EPL
Mar 31, 2024 | 05:30 AM



Tinggal 10 perlawanan. Tiga kelab bersaing. Hanya satu mata pisahkan mereka.

Jarang sekali saingan kejuaraan Liga Perdana England (EPL) begitu rapat berbanding musim kali ini melibatkan pasukan Arsenal, Liverpool dan Manchester City.

Kali terakhir jurang satu mata memisahkan dua pasukan adalah sekitar 10 tahun lalu dengan Manchester City berjaya merampas kejuaraan dengan kelebihan dua mata, selepas Liverpool kecundang.

Ini kali kelima ia berlaku dalam sejarah dalam liga yang melibatkan 20 pasukan.

Manchester City hanya satu mata di belakang pendahulu liga Arsenal dan Liverpool di tempat kedua – kededuanya dengan 64 mata. City pula mempunyai 63 mata.

Jika dilihat daripada persembahan terkini mereka dalam EPL, City hanya mampu seri 1-1 dengan Liverpool.

Namun mereka kemudian bangkit dalam suku akhir Piala FA dengan kemenangan 2-0 ke atas Newcastle.

Sejauh ini pemain tunggak di bahagian jentera serangan, Erling Haaland, telah menjaringkan 18 gol dalam EPL.

Cuma buat masa ini beliau gagal buat jaringan dalam tujuh daripada 10 perlawanan yang melibatkannya. Ini kali pertama ia berlaku buat Haaland.

Berbanding musim lalu, City kurang tujuh gol pada masa ini.

Haaland pula hanya membentuk sekitar 30 peratus daripada keseluruhan jaringan yang dibuat City pada masa ini.

Sekitar masa yang sama musim lalu, jaringan Haaland membentuk hampir 40 peratus daripada keseluruhan gol City.

Benteng pertahanan City pula kelihatan agak rapuh. Mengikut statistik, satu gol lolos masuk ke gawang City bagi setiap perlawanan dalam musim kali ini, dan ini kali pertama ia berlaku sejak Pep Guardiola menguruskan kelab itu pada Julai 2016.

City juga dihujani lebih banyak rembatan ke arah gawang mereka atau sekitar 8.3 rembatan bagi setiap perlawanan sejak di bawah pengurusan Guardiola.

City juga kehilangan 10 mata dalam perlawanan yang sepatutnya dimenangi mereka musim ini, dan lima perlawanan tersebut adalah dalam 15 minit terakhir perlawanan.

Buat kali pertama mereka mungkin terasa agak terancam.

Sebagai pengurus, Guardiola telah berjaya membuktikan kemampuannya menjuarai EPL berulang kali. Mungkin juga apabila timbul situasi sebegini (dipisahkan dengan hanya satu mata), ia menguji mental beliau dan pasukannya untuk bangkit terutama apabila bertemu pasukan seperti Arsenal malam ini.

Apabila dilihat beberapa perlawanan yang bakal menjelang, City mungkin tiada masalah mengatasi lawan mereka, namun pasukan itu pasti akan tercabar apabila mereka berkunjung ke kubu Tottenham Hotspur. Jadual perlawanan itu belum ditentukan.

City dijadualkan bermain hanya enam perlawanan dalam bulan ini, berbanding Liverpool dan Arsenal yang beraksi dalam tujuh perlawanan.

Justeru dalam perlawanan menentang Arsenal, City perlu bangkit untuk menang bagi memastikan kejuaraan milik mereka.

Di atas kertas, ia satu kelebihan buat City. Namun City juga mempunyai jadual bersaing dalam suku akhir Liga Juara-Juara dan separuh akhir Piala FA.

Apa yang membimbangkan buat City adalah senarai pemain mereka yang cedera.

Ini termasuk Kyle Walker, Kevin De Bruyne dan penjaga gawang utama mereka, Ederson.

Walker, yang bermain di bahagian pertahanan, terpaksa digantikan ketika beliau mewakili England dalam pertemuan persahabatan menentang Brazil pada 23 April.

Pemain midfield, Kevin De Bruyne, pula tidak bersama pasukan negaranya, Belgium, akibat kecederaan yang dialaminya.

Sementara Ederson pula masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan yang dialaminya.

Jika dilihat berdasarkan fakta yang dikongsi di atas, memang City agak sukar mengekalkan kejuaraan EPL kali ini.

Namun apa yang akan membezakan City daripada pasukan EPL lain adalah keupayaan mental mereka mengatasi semua halangan yang bakal ditempuhi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >