PIALA adalah 'miliknya' dan pemain Harimau Malaya tidak boleh melepaskan peluang mencipta sejarah dalam perlawanan pertama final Piala AFF Suzuki dengan Thailand esok, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin.
Kemenangannya yang kedua dalam pertandingan dwitahunan itu akan memahat nama pasukan dalam sejarah dan hati penyokong, kata Hamidin.