Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KUMPULAN G

Mampukah Neymar dan rakan 'bersamba' hingga ke final?

Brazil berazam mahu akhiri kemarau julang Piala Dunia sejak 2002; Switzerland, Serbia dan Cameroon lengkapkan kumpulan
Nov 19, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN kegemaran ramai untuk julang Piala Dunia ini, Brazil, telah meneruskan rekod mereka untuk layak ke setiap edisi kejohanan besar ini tetapi berdasarkan standard pasukan itu, ia sudah agak lama sejak kali terakhir mereka merangkul kejuaraan (Piala Dunia 2002).



Sekiranya mereka gagal di Qatar, kemarau mereka akan berlanjutan kepada 24 tahun dan terpaska menunggu sehingga edisi seterusnya pada 2026 - menyamai tempoh paling mengecewakan sejak takhta pertama mereka pada 1958.



Bagaimanapun, prestasi 15 perlawanan tanpa kalah mereka dalam pusingan kumpulan Piala Dunia sebelum ini meletakkan Neymar dan rakan-rakannya di laluan tepat untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir dengan Switzerland pasti yakin dapat menyusul Brazil ke pusingan kalah mati dalam empat kejohanan lalu - pencapaian yang hanya dua pasukan Eropah lain, Perancis dan Belgium, dapat menandingi.



Switzerland menjuarai kumpulan kelayakan, mengatasi Italy yang terpaksa beraksi dalam play-off sebelum anak didik Roberto Mancini dikejutkan oleh Macedonia Utara.



Brazil dan Switzerland akan disertai Serbia dalam Kumpulan G - pasukan yang tidak pernah melepasi pusingan kumpulan dalam tiga penampilan mereka sebagai negara merdeka.



Melengkapkan kumpulan ialah wakil Afrika, Cameroon, yang juga terkial-kial sejak kebelakangan ini.



Namun, Cameroon tentu sekali mahu membuktikan bahawa banyak telah berubah sejak penampilan terakhir mereka pada 2014.




SEKILAS KUMPULAN G



BRAZIL

Persembahan lalu: Suku akhir

Persembahan terbaik: Juara (1958, 1962, 1970, 1994 & 2002)

Ranking dunia: 1

Jurulatih: Tite

Pemain bintang: Neymar



SERBIA

Persembahan lalu: Pusingan kumpulan

Persembahan terbaik: Keempat (1930, 1962)

Ranking dunia: 25

Jurulatih: Dragan Stojkovic

Pemain bintang: Aleksandar Mitrovic



SWITZERLAND

Persembahan lalu: Pusingan pasukan 16 terbaik

Persembahan terbaik: Suku akhir (1934, 1938, 1952)

Ranking dunia: 16

Jurulatih: Murat Yakin

Pemain bintang: Granit Xhaka



CAMEROON

Persembahan lalu: Tidak layak

Persembahan terbaik: Suku akhir (1990)

Ranking dunia: 38

Jurulatih: Rigobert Song

Pemain bintang: Andre-Frank Zambo Anguissa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >