Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City masih berahsia minat dapatkan Haaland

Apr 21, 2022 | 06:07 AM



LONDON: Pep Guardiola masih enggan mendedahkan rancangan Manchester City untuk mendapatkan khidmat bintang Norway, Erling Haaland, walaupun beberapa laporan akhbar di Eropah berkata satu perjanjian telah dicapai antara kededua pihak.



Haaland, yang pada masa ini menyarungi jersi Borussia Dortmund, boleh meninggalkan kelab itu jika ada pembeli yang sanggup membayar harga £62.3 juta ($111 juta) untuk menamatkan kontraknya itu.



Selain City, Real Madrid juga dianggap sebagai pasukan yang mampu dan mahu mendapatkan khidmat Haaland.



Namun laporan bahawa Real cuba mendapatkan Kylian Mbappe dari Paris Saint Germain (PSG) secara percuma telah mendorong City mempergiat usaha untuk mendapatkan tanda tangan Haaland.



Sejauh ini, pegawai City enggan mengulas mengenai perkara tersebut, dengan Guardiola juga bersependapat apabila ditanya wartawan mengenainya.



"Saya tiada jawapan bagi soalan anda," beliau berkata baru-baru ini.



"Pada masa ini, saya tidak berfikir tentang perkembangan yang bakal berlaku di kelab ini pada musim depan."



Spekulasi mengenai perpindahan Haaland ke City telah bertambah sejak Guardiola gagal mendapatkan khidmat Harry Kane bagi musim ini.



Malah, Guardiola sebelum itu telah berulang kali berkata City memerlukan pemain penyerang utama untuk memimpin barisan depannya.



City masih berpeluang mendapatkan khidmat Kane, 28 tahun, tetapi Kane mempunyai baki kontrak dua tahun dengan Spurs, yang bermakna Haaland menjadi sasaran realistik bagi City.



Haaland, 21 tahun, mempunyai reputasi sebagai penjaring gol handalan, terutama selepas beliau menjaringkan 25 gol dalam 26 perlawanan bagi Dortmund musim ini. Beliau turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan dengan Wolfsburg pada hujung minggu lalu, yang berkesudahan dengan kemenangan 6-1 bagi Dortmund.



Secara keseluruhan, Haaland telah menjaringkan 82 gol dalam 85 perlawanan sejak menyertai Dortmund daripada Red Bull Salszburg pada Disember 2019. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >