Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City merosot ke tangga keempat selepas ditewas Aston Villa

Dec 07, 2023 | 03:12 PM



LONDON: Juara Manchester City semakin tergelincir dalam perlumbaan kejuaraan Liga Perdana England apabila ia kalah 0-1 di tangan Aston Villa pada 6 Disember, sementara Liverpool menewaskan kelab tercorot Sheffield United.


Rembatan Leon Bailey yang melantun pada minit ke-74 membolehkan pasukannya menaiki tangga ke tempat ketiga di atas City – kemenangan ke-14 berturut-turut Villa.

City, yang kini mengharungi empat perlawanan liga tanpa kemenangan, tiada banyak alasan kerana Villa di bawah pengurus Unai Emery menguasai seluruh permainan di Birmingham.

Ia adalah kemenangan pertama Emery menentang pasukan Pep Guardiola.

Arsenal, yang memperoleh kemenangan 4-3 di Luton Town pada 5 Disember, memperoleh 36 mata daripada 15 perlawanan manakala Liverpool mempunyai 34 mata; Villa 32 mata; dan City di tempat keempat dengan 30 mata.

Mengenai usaha City untuk merebut rekod kejuaraan Liga Perdana kali keempat berturut-turut, dengan penuh keyakinan, Guardiola yakin pasukannya akan menang.

Namun, prestasi dan keputusan perlawanan pada 6 Disember memberi dorongan baru kepada semua kelab yang cuba menentang mereka.

City hanya berjaya membuat dua percubaan berbanding 22 percubaan oleh Villa dalam perlawanan di Villa Park.

Bailey berjaya membawa kemenangan bagi pasukannya apabila beliau mara dan merembat bola dan melantun dari Ruben Dias, menyebabkan penjaga gawang Ederson tidak berpeluang menyelamatkannya.

Selain percubaan Erling Haaland, dengan kedua-duanya diselamatkan oleh Emiliano Martinez, City kelihatan lemah.

“Aston Villa bermain dengan lebih baik, permainannya hebat dan kami menghadapi kesukaran. Pasukan yang lebih baik menang,” ujar Guardiola.

“Kami menghadapi kesukaran terutama pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua berbeza tetapi pada sepertiga akhir, tidak ada hantaran, mutu dan pergerakan.”

Ia adalah malam bermakna bagi Villa dan pengurus mereka, Emery, yang telah mengubah kelab Midlands dalam masa lebih kurang setahun sejak menggantikan Steven Gerrard.

“Kami harus percaya bahawa kami kini berada di empat kedudukan teratas,” kata pengurus asal Sepanyol itu, yang akan menentang kelab lamanya Arsenal pada hujung minggu.

“Malam ini sungguh hebat tetapi kami perlu kekal stabil untuk pertemuan Sabtu,” kata beliau. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >