Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man City runding untuk beli Semenyo dari Bournemouth

Dec 24, 2025 | 3:54 PM
Antoine Semenyo, Bournemouth, Manchester City, pembelian
Antoine Semenyo memulakan kerjayanya bersama Bristol City pada 2018. - Foto AFP

LONDON: Pemain Bournemouth, Antoine Semenyo, dijangka membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya, dengan Manchester City kini berada dalam tahap rundingan lanjut bagi perpindahan penyerang itu pada Januari ini.

Menurut sumber, City mencatat kemajuan positif dalam beberapa hari kebelakangan ini dan kini percaya mereka berada dalam kedudukan baik untuk menandatangani pemain berusia 25 tahun itu.

Empat lagi kelab Liga Perdana England (EPL) turut membuat pertanyaan, pada tahap berbeza-beza, mengenai Semenyo, yang mempunyai klausa pelepasan bernilai £65 juta ($112.68 juta).

Kelab tersebut difahamkan ialah Manchester United, Liverpool, Tottenham dan Chelsea.

Minat United merosot kerana mereka menjangkakan Semenyo akan menyertai pasukan kendalian Pep Guardiola, manakala Chelsea memilih untuk tidak meneruskan rundingan.

Liverpool pula meneliti syarat perpindahan dan masih belum pasti sama ada mereka akan mempercepat minat awal itu menyusuli kecederaan serius pada kaki Alexander Isak.

Tottenham dipercayai sebagai pencabar luar bagi mendapatkan tandatangan pemain antarabangsa Ghana itu, yang menyertai Bournemouth pada 2023 dari Bristol City.

Klausa pelepasan Semenyo hanya aktif bagi 10 hari pertama Januari dan dimasukkan ketika beliau menandatangani kontrak baru pada Julai lalu untuk mengekalkannya di Bournemouth.

Harga itu dijangka turun sedikit pada musim panas.

Bournemouth mengakui mereka terdedah kepada kemungkinan hilang pemain utama itu, namun bersedia berunding dengan mana-mana kelab yang sanggup membenarkannya kekal hingga akhir musim.

Dari sudut kewangan, semua kelab yang berminat dilaporkan menawarkan tawaran kontrak hampir sama, dengan keputusan akhir Semenyo bergantung pada aspirasi peribadi beliau.

Beliau akan genap berusia 26 tahun pada 7 Januari dan diakui sedang memasuki kemuncak kerjayanya.

Pengurus Bournemouth, Andoni Iraola, menegaskan bahawa khabar angin tidak menjejaskan komitmen dan prestasi Semenyo, walaupun mengakui masa depan pemain itu sukar dijangka setiap kali jendela perpindahan dibuka.

Dengan itu, Semenyo difahamkan akan mengutamakan kelab yang diyakininya paling sesuai untuk bersaing merebut piala utama dalam jangka panjang.

Beliau juga akan menimbangkan faktor lokasi dan keluarga, dan tidak mahu isu ini berlarutan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg