Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK - PERSIAPAN PRAMUSIM

Man U cemerlang tapi kapten Maguire jadi sasaran ejekan

Pasukan pimpinan Ten Hag teruskan prestasi baik pramusim dengan satu lagi kemenangan
Jul 21, 2022 | 05:30 AM



MELBOURNE: Kapten Manchester United, Harry Maguire, diejek oleh sebahagian penyokong dalam perlawanan persahabatan pramusim menentang Crystal Palace di Melbourne kelmarin, di mana United menang 3-1.



Pengurus baru United, Erik ten Hag, telah mengesahkan tunggak bek tengah itu akan terus menggalas peranan sebagai kapten pasukan dan telah merancang untuk menggandingkan pemain antarabangsa England itu dengan pemain baru, Lisandro Martinez, di tengah benteng pertahanan pasukan Red Devils itu.



Khidmat Martinez baru didapatkan dari kelab Belanda, Ajax Amsterdam, dengan bayaran pemindahan £57 juta ($95.33 juta).



Bagaimanapun, sebahagian peminat dalam kalangan lebih 76,000 penonton di Melbourne Cricket Ground meluahkan rasa tidak setuju mereka terhadap pemilihan Maguire itu.



Sumber dalam skuad United berkata sedang insiden mengejek setiap kali kapten United itu menyentuh bola khususnya dalam 30 minit pertama perlawanan bukan satu masalah besar dalam perlawanan pramusim, namun mereka prihatin jika ia akan menjadi trend apabila United membuka tirai kempen Liga Perdana England (EPL) menentang Brighton di Old Trafford pada 7 Ogos nanti.



Maguire menjadi sasaran peminat kerana prestasi hambarnya musim lalu.



April lalu, polis menjalankan operasi keselamatan di rumah pemain berusia 29 tahun itu selepas beliau menerima ugutan terhadap keluarganya.



Mengulas mengenai insiden ejekan itu, pemain midfield United, Donny van de Beek, berkata:



"Saya tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku. Tetapi jika saya melihat perlawanan hari ini, saya rasa Harry telah bermain dengan baik sekali.



"Beliau seorang yang agresif, dan sentiasa mahukan bola untuk melakukan gerakan serangan dari bahagian pertahanan, jadi itu bermakna beliau mempunyai personaliti yang besar.



"Beliau juga berpengalaman, dan persembahannya hari ini adalah sesuatu yang positif bagi pasukan."



Selain daripada sambutan terhadap Maguire, terdapat banyak perkara positif daripada kemenangan United itu, yang telah meraih tiga kemenangan pramusim daripada tiga perlawanan, sambil menjaringkan 11 gol.



Penyerang Perancis, Anthony Martial, membuka tirai jaringan pada babak pertama manakala kededua Marcus Rashford dan Jadon Sancho menjaringkan gol kedua masing-masing dalam jelajah pramusim selepas rehat.



Joel Ward merapatkan kedudukan buat Palace dalam perlawanan yang menyaksikan United beraksi dengan 10 pemain pada babak-babak akhir permainan selepas Will Fish dibuang padang setelah mengasari Victor Akinwale.



Kemenangan itu ialah yang ketiga buat Ten Hag selepas menewaskan Liverpool 4-0 di Bangkok dan menang 4-1 ke atas Melbourne Victory, sedangkan ia adalah kekalahan kedua skuad muda Palace kendalian Patrick Vieira yang sebelum ini tewas 0-2 kepada Liverpool di Singapura Jumaat lalu.



"Kami gembira dengan kemajuan yang dicapai tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Kami berjaya menjaringkan gol cantik, beraksi dengan baik dan saya fikir keyakinan semakin meningkat. Mereka banyak berlari dan bekerja keras. Mereka ada banyak tenaga dan berhasil menjaringkan gol," kata Ten Hag yang memuji barisan penyerangnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >