Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man United di tangga keempat selepas menang 1-0 atasi Newcastle

EPL
Apr 06, 2023 | 09:35 AM



MANCHESTER: Erik ten Hag berkata “adalah benar” bahawa pasukan pimpinannya,  Manchester United, terlalu bergantung kepada jaringan Marcus Rashford selepas penyerang England itu menyumbatkan gol kemenangan buat pasukannya semasa menentang Brentford di Old Trafford pada Rabu.



Pasukan Red Devils kembali ke empat tangga teratas hasil jaringan Rashford yang ke-15 dalam Liga Perdana England (EPL) – dan 28 gol dalam semua pertandingan.



“Ya benar sekali.



“Tapi kami tahu para pemain lain boleh buat jaringan juga. Bruno (Fernandes) boleh jaringkan gol juga.



“Kami mempunyai ramai pemain dalam skuad ini yang mampu jaringkan gol,” kata Ten Hag apabila ditanya jika United terlalu bergantung kepada Rashford untuk jaringkan gol.



Sejauh ini hanya Victor Osimhen dari Napoli sahaja yang mempunyai banyak gol liga dalam lima liga teratas Eropah sejak Piala Dunia berbanding Rashford.



Rashford telah jaringkan 10 gol kemenangan dalam EPL musim ini, paling banyak jairngan oleh pemain Manchester United dalam satu-satu kempen sejak Wayne Rooney pada musim 2009-2010.



Gol terkininya mengangkat United ke tangga keempat melepasi Tottenham Hotspur dalam usaha melayakkan pasukannya bagi Liga Juara-Juara pada musim akan datang, dan inilah yang diperlukan Ten Hag selepas kekalahan di Newcastle pada Ahad lalu.



Brentford yang turut mengejar kelayakan ke Liga Juara-Juara hanya tewas kali kedua dalam 17 perlawanan EPL.



Scott McTominay dan Antony hampir jaringkan gol selepas Rashford jaringkan gol dari jarat dekat, dengan bantuan tandukan oleh Marcel Sabitzer, menyusuli kegagalan Brentford memastikan bola keluar daripada zon bahaya, selepas sepakan penjuru United.



Brentford, yang bermain kurang menyerlah pada separuh masa pertama, bermain lebih baik selepas waktu rihat dan United boleh menarik nafas lega apabila wisel penamat ditiup.



Penjaga gawang United, David de Gea, perlu mendapatkan rawatan selepas menyelamatkan bola menerusi percubaan Kevin Schade.



United kini mempunyai 53 mata sama dengan Newcastle – dan tiga mata di hadapan Tottenham, yang telah bermain satu perlawanan lebih berbanding pesaing mereka.

Brentford kekal di tangga kesembilan – tiga mata di belakang Brighton yang berada di tangga keenam.



Sementara itu, Newcastle United mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga EPL selepas membelasah West Ham United 1-5 di padang lawan pada Rabu.



Kededua Callum Wilson dan Joelinton menjaringkan dua gol dalam 13 minit pembukaan perlawanan, sebelum Kurt Zouma membalas dengan satu gol buat West Ham.



Satu lagi gol Newcastle dijaringkan Alexander Isak.



West Ham kini di tangga ke-15 dengan 27 mata dan masih dalam kedudukan kurang selesa.



Pasukan lain dengan 27 mata termasuk Everton, Nottingham Forest dan Bournemouth. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >