Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man United masih jauh di belakang Man City

Dua gol Gundogan, termasuk gol terpantas dalam sejarah final Piala FA, letakkan skuad Guardiola kian raih tiga kejuaraan
Jun 04, 2023 | 05:25 PM



LONDON: Kekalahan ‘pedih’ Manchester United dalam final Piala FA England di tangan pasukan tetangga, Manchester City, mencacatkan sedikit satu musim yang sangat mengagumkan di bawah pimpinan pengurus Erik ten Hag.


Jaringan kapten City, Ilkay Gundogan, untuk mencatat kemenangan tipis 2-1 bagi juara Liga Perdana England itu – termasuk gol terpantas dalam sejarah final Piala FA – meletakkan skuad kendalian Pep Guardiola semakin hampir untuk meraih tiga kejuaraan dalam semusim.

Sagu hati bagi United kini adalah ia menamatkan kemarau trofi yang dialami dan berjaya merebut semula tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Ten Hag, dalam kempen sulungnya di Old Trafford, memuji persembahan anak didiknya ketika menentang antara salah satu pasukan terbaik di dunia.

“Kami mengharungi musim yang hebat dan ia di luar jangkaan kami. Kami di tangga ketiga liga, layak ke Liga Juara-Juara, memenangi trofi serta mara ke final satu lagi kejuaraan.

“Saya amat gembira dengan persembahan pasukan secara keseluruhan,” kata Ten Hag, yang menamatkan kemarau kejuaraan United dan menduduki tangga ketiga Liga Perdana England untuk layak ke Liga Juara-Juara Uefa musim depan.

Namun, Ten Hag perlu menerima hakikat bahawa keputusan di Wembley tidak melambangkan prestasi sebenar pasukannya berbanding City.

Pasukan pimpinan Guardiola menguasai sepenuhnya permainan, manakala United mendapatkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti kapten Bruno Fernandes selepas rakaman video VAR mendapati bola terkena tangan Jack Grealish.

United menewaskan Newcastle di final Piala Liga pada Februari untuk menjulang trofi pertama mereka sejak tahun 2017 dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ketiga.

Namun, kempen mereka dibayangi dengan kekalahan memalukan – tewas 4-0 kepada Brentford, 6-3 di tangan Manchester City dan 7-0 oleh Liverpool.

Pada satu ketika, United kelihatan seperti mampu mencabar kejuaraan liga bersama Arsenal dan Man City, tetapi akhirnya ketinggalan 14 mata di belakang juara – City – dan hanya satu mata mengatasi pencapaian skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer pada musim 2020-21.

30 gol jaringan Marcus Rashford dalam semua pertandingan menutup kelemahan jentera serangan United sepanjang musim.

Penyerang, Anthony Martial, dan pemain sayap, Antony, tidak cukup cergas untuk aksi di Wembley, dan Ten Hag terpaksa memasukkan Wout Weghorst – pemain Belanda yang gagal menjaringkan sebarang gol Liga Perdana Inggeris sejak tiba pada Januari.

City sebaliknya mempunyai barisan serangan berkualiti sehingga ke bangku simpanan, termasuk Julian Alvarez, Riyad Mahrez dan Phil Foden.

Rombakan pada musim panas ini cukup penting buat United untuk mencapai tahap diinginkan Ten Hag.

Kelab dikaitkan dengan bintang Tottenham dan England, Harry Kane, tetapi sukar untuk mendapatkan pelepasan daripada pengerusi Spurs, Daniel Levy.

Kedudukan penjaga gol utama juga menimbulkan persoalan selepas beberapa siri kesilapan mudah David de Gea membayangi pemenang Sarung Tangan Emas Liga Perdana England itu.

De Gea lambat bertindak ketika Gundogan melepaskan rembatan rendah untuk gol kemenangan City di Wembley.

Beliau masih belum menandatangani kontrak baharu di Old Trafford walaupun kontraknya kini akan tamat dalam tempoh beberapa minggu lagi. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >