Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pep Guardiola beri kelainan pada Manchester City

May 22, 2023 | 10:14 AM



LONDON: Pep Guardiola dianggap sebagai pengurus yang membawa kelainan selepas memimpin Manchester City kepada tiga kejuaraan Liga Perdana England (EPL) – dan hanya dua permainan sebelum menjulang tiga kejuaraan berbeza atau treble.


City yang merupakan juara England dalam lima daripada enam musim lalu, akan berhadapan Manchester United dalam final Piala FA sebelum menentang Inter Milan dalam final Liga Juara-Juara.


Soalannya kini adakah ia pasukan City terbaik yang dipimpin Guardiola?

“Guardiola telah menjadikan pasukan Manchester City terbaik sejauh ini,” kata bekas pemain pertahanan Manchester City Micah Richards kepada Sky Sports.


“Pep sentiasa berada selangkah di hadapan. Musim pertama pasukannya itu berada di kedudukan ketiga, dan kemudian pasukannya terus bertambah baik.

“Beliau sentiasa jadikan sesuatu yang bebeza dan itulah yang membezakannya.

“Memang ia luar biasa. Semua orang berkata Guardiola tidak mampu bawa corak permainan Barcelona ke EPL. Beliau memang hebat.

“Kini masih ada Piala FA dan Liga Juara-Juara.”

Kemenangan City tercapai meskipun sebelum ini mereka berada lapan mata di belakang Arsenal hingga 7 April.

Namun 12 kemenangan yang dicapai menyaksikan mereka mengambil alih Arsenal dengan kelebihan tiga perlawanan dan kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea pada Ahad memastikan City berada tujuh mata di kedudukan teratas.

“Manchester City sememangnya pasukan hebat,” kata bekas penjaga gawang City, Karen Bardsley.

“Memastikan mereka mengekalkan persembahan baik itu sepanjang musim serta mengekalkan kedudukan mereka di atas ini memang luar biasa .”

Bekas pemain Manchester United, Roy Keane, pula berkata:

“Anda tidak akan jelak untuk menang.

“Meraih kejuaraan bukan mudah. Namun pasukan ini menunjukkannya mudah kerana mereka dahagakan dan mempunyai keazaman untuk menang.”

Beliau menambah:

“Anda lihatlah reaksi para pemain. Ia seolah-olah kejuaraan pertama mereka.

“Pep sentiasa mempunyai pemain terbaik, namun yang penting adalah keazaman.

“Saya fikir beliau yang membezakan pasukan ini, dan beliaulah orang yang ingin anda jadi pemimpin.”

Secara keseluruhannya, ini adalah kejuaraan liga ke-11 buat Guardiola dalam 14 musim selaku seorang pengurus di Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City.

Hanya legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson yang sebelum ini berupaya menang tiga kejuaraan England, meskipun ia adalah ketiga kali Guardiola telah menang tiga kejuaraan liga secara langsung - selepas mencapainya semasa di La Liga dari 2009 hingga 2011 dan di Bundesliga dari 2014 hingga 2016.

Selepas sambutan bagi EPL, cabaran selanjutnya buat City adalah berusaha mencapai ‘treble’ bagi menyaingi Manchester United pada musim 1998 hingga 1999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >