Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man United: Onana, Maguire cemerlang dalam Liga Juara-Juara

Oct 25, 2023 | 02:54 PM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag sering memberi komen ringkas kepada para pemain yang kurang menyerlah apabila bermain di stadium hebat seperti Old Trafford.


“Mereka perlu bermain lebih baik,” kata pengurus asal Belanda itu.

Ternyata kata-kata sedemikian bagaikan pembakar semangat.

Dalam Liga Juara-Juara menentang Copenhagen pada Selasa, dua daripada pemainnya yang teruk dikritik kembali bermain cemerlang.

Harry Maguire dan Andre Onana telah mendapat perhatian daripada banyak pihak sejak kebelakangan ini.

Maguire juga tidak dijadikan kapten semasa musim panas yang baru lalu sedang West Ham United membuat bidaan untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 30 tahun itu kemudian memilih untuk kekal di Old Trafford, namun kemudian hanya menjadi pilihan kelima sebagai pemain pertahanan tengah.

Terdapat detik-detik tidak menentu semasa awal separuh masa pertama apabila pemain pertahanan England itu beraksi. Tiada apa yang menandakan yang beliau akan kembali dengan prestasi lebih baik.

Sementara itu, tiada siapa tahu mengapa ten Hag membayar £47 juta ($78.2 juta) untuk mendapatkan khidmat Onana dari Inter Milan.

Kekuatan Onana yang berasal dari Cameroon dikatakan adalah keupayaannya membuat umpanan yang baik. Namun semasa menentang Copenhagen dua umpanannya dalam separuh masa pertama terkeluar padang.

Namun di akhir 18 minit perlawanan, Maguire berhasil menjaringkan gol selepas mendapat umpanan Christian Eriksen.

Dan dengan hanya beberapa minit tinggal, Onana berjaya menolak keluar bola hasil tendangan penalti Jordan Larsson dan United kemudian mencatat kemenangan pertama dalam kempen Eropah dan memastikan harapan mereka untuk menjadi salah satu daripada 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara, terus cerah.

Onana tidak kelihatan seperti dirinya kurang keyakinan namun dalam jangka masa singkat kehadirannya, beliau menyalahkan dirinya di atas gol-gol yang membolosi gawangnya atau memberi tekanan ke atas pasukannya.

Tendangannya untuk mengeluarkan bola dari zon bahaya agak menghampakan, namun seperti yang dikatakan ten Hag bahawa Onana telah menyelamatkan bola daripada masuk ke gawang selepas tendangan penalti Larrson.

Kembali kepada Maguire.

Ten Hag telah beberapa kali mengadu bahawa pemain pertahanan itu tidak memberikan prestasi yang diharapkan.

Di sebalik persembahan yang tidak menentu, persembahan pemain pertahanan itu mula mengembalikan keyakinan kepada pengurusnya.

Hujung minggu lalu, Maguire menjadi pemain terbaik semasa pasukan itu menundukkan Sheffield United dan mendapat gol pertamanya pada Selasa.

Kali terakhir beliau jaringkan gol adalah pada Februari 2022.

“Beliau kini lebih proaktif dalam mengawal bola, membuat umpanan menarik, bermain di bahagian pertahanan dengan hebat, membuat adangan dan amat yakin semasa bertarung.

“Saya fikir beliau sedang mendominasi setiap perlawanan, mendominasi pihak lawan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >