Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man Utd musnahkan impian Liverpool buru empat trofi

Mar 18, 2024 | 12:38 PM



MANCHESTER: Kemenangan Manchester United mengakhiri pemburuan Liverpool dalam empat kejuaraan musim ini selepas jaringan di akhir masa tambahan Amad Diallo memberikan mereka kemenangan 4-3 pada aksi suku akhir Piala FA di Old Trafford.


Pasukan kendalian Erik ten Hag mara ke pusingan separuh akhir dan akan menentang Coventry City, sekali gus menjadi pemangkin untuk mengubah nasib mereka dalam Liga Perdana England (EPL).

Amad Diallo membawa kegembiraan penyokong tuan rumah di Old Trafford apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-121 selepas Marcus Rashford menyamakan kedudukan lapan minit lebih awal.

Ten Hag berkata: “Ini mungkin saat (penting) yang mana pasukan ini benar-benar boleh percaya bahawa mereka boleh lakukan perkara yang menakjubkan.

“Dan saya fikir apabila anda boleh menewaskan Liverpool seperti yang kami lakukan, anda boleh tewaskan mana-mana lawan, jadi terpulang kepada kami untuk membuktikan perkara itu. Saya berkata hal ini juga dalam sidang akhbar praperlawanan dan hari ini kami lakukannya.”

United berada di tempat keenam dalam kedudukan EPL, 17 mata di belakang Liverpool yang berada di tangga kedua liga.

United mendahului perlawanan pada minit ke-10 melalui Scott McTominay sebelum Liverpool mengejar dari belakang untuk menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama hasil sumbangan Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah.

Pemain sayap Antony kemudian melepaskan rembatan kencang untuk jaringan gol kedua United bagi menyamakan kedudukan dan membawa perlawanan ke masa tambahan.

Liverpool dilamun keyakinan tinggi pada minit ke-105 susulan jaringan pemain gantian Harvey Elliott tetapi keyakinan itu dicantas Rashford tujuh minit kemudian selepas rembatannya memperdayakan penjaga gawang Caoimhin Kelleher.

Bekas kapten United, Roy Keane, menyatakan aksi luar biasa United dalam perlawanan tersebut boleh merangsang pasukan, terutamanya pemain muda.

“Ramai pemain tidak pernah merasai Old Trafford bergegar seperti itu. Faktor perasaan gembira buat pemain ini boleh berkembang untuk baki musim ini,” jelas Keane.

Ini lebih-lebih lagi dengan tampuk kepimpinan bersama yang baru di bawah Sir Jim Ratcliffe – syarikat Ineos Group miliknya mengambil alih kawalan operasi bola sepak.

Kemenangan ke atas Liverpool membuka peluang United untuk meraih piala dan secara tidak langsung memperkukuh kedudukan ten Hag untuk kekal sebagai pengurus.

“Apabila Manchester Untied menentang Liverpool, ia adalah salah satu perlawanan bola sepak terbaik dunia. Ia bersejarah. Saya rasa 35 minit pertama adalah yang terbaik yang saya lihat daripada pasukan saya musim ini,” ujar ten Hag.

Liverpool masih mempunyai peluang melakar musim yang istimewa bagi merapatkan jurang dalam EPL dan meraih takhta Liga Eropah setelah berjaya memenangi Piala Carabao, sekali gus memahat kenangan manis pada musim terakhir pengurus pasukan, Jurgen Klopp.

Namun untuk melakukan hal sedemikian, beliau dan pemain perlu meningkatkan usaha dan bangkit selepas terlepas peluang mengejar ‘treble’ (tiga piala).

Penyandang semasa Piala FA, Manchester City, akan berdepan Chelsea dalam perlawanan separuh akhir di Wembley pada April. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >