Manchester United telah memecat pengurus, Erik ten Hag, kurang 24 jam selepas kelab itu tewas 1-2 kepada West Ham United pada 28 Oktober.
Kekalahan itu, yang keempat dalam sembilan perlawanan Liga Perdana England musim ini, menjerumus United ke tangga ke-14 liga.
Bekas pemain United Ruud van Nistelrooy, yang kini antara jurulatih pasukan, akan mengambil tempat Ten Hag sebagai ketua jurulatih sementara.
Dalam kenyataannya, United berkata:
“Erik Ten Hag telah meninggalkan peranannya di Manchester United sebagai pengurus pasukan pertama. Ruud van Nistelrooy akan memimpin pasukan sebagai ketua jurulatih sementara, dan disokong pasukan jurulatih yang seadanya, sedang ketua jurulatih tetap dicari.
Ten Hag adalah pengurus ketujuh yang mempimpin United sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan peranan itu pada 2013.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg