Mane jadi wira bola sepak Senegal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mane jadi wira bola sepak Senegal

Jan 19, 2026 | 5:02 PM

Mane jadi wira bola sepak Senegal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mane, wira, Senegal
Sadio Mane menjulang trofi Afcon semasa beliau dan rakan sepasukan dari Senegal meraikan kejayaan mereka di Stadium Putera Moulay Abdellah di Rabat pada 18 Januari - Foto AFP

RABAT (Maghribi): Sadio Mane sekali lagi menjadi wira Senegal, tetapi bukan kerana sebab yang anda jangkakan.

Bekas penyerang Liverpool dan Bayern Munich itu meraih mahkota Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) keduanya pada 19 Januari, selepas pasukan ‘Teranga Lions’ menewaskan negara tuan rumah Maghribi dalam final yang penuh kontroversi.

Dalam masa kecederaan, ketua jurulatih Senegal, Pape Thiaw menggesa pemainnya meninggalkan padang selepas Maghribi dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-98 apabila pemain pertahanan El Hadji Malick Diouf menjatuhkan Brahim Diaz.

Semasa pemain Senegal kembali ke bilik persalinan, Mane dilihat masuk dan kemudian menggesa rakan sepasukannya keluar semula ke padang, dengan bantuan penjaga gol Edouard Mendy.

Kira-kira 16 minit selepas sepakan penalti diberikan, Diaz mengambil tendangan penalti yang akhirnya diselamatkan dengan mudah oleh Mendy.

Kedudukan 0-0 menyebabkan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan di mana Pape Gueye menjaringkan gol kemenangan bagi Senegal. 

Mane, yang berkata Afcon ini adalah yang terakhir buatnya berkata beliau telah memujuk rakan sepasukan supaya kembali ke padang.

“Para pemain dan jurulatih telah memutuskan untuk menarik diri, dan saya tidak memahami keputusan itu, tetapi akhirnya, saya memberitahu semua orang untuk kembali serta-merta dan bermain walau apa pun risikonya,” ujarnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg