Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Sukan

Mantan pengerusi FAS N. Ganesan meninggal dunia

Jul 01, 2015 | 04:25 PM

SUKAN bola sepak Singapura kehilangan antara tokoh yang paling berjasa selepas N. Ganesan meninggal dunia hari ini.

Peguam dan mantan pengerusi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) itu menginap di rumah penjagaan rapi di kawasan Bukit Timah selepas diserang penyakit strok pada 2011.

Ganesan, 82 tahun, telah dua kali mendirikan rumah tangga dan tiada anak.

Beliau memimpin FAS dari 1974 hingga 1981 - tempoh gemilang yang menyaksikan Singapura memenangi Piala Malaysia dua kali, pada 1977 dan 1980.

Walau ditentang hebat, Ganesan memindahkan perlawanan Piala Malaysia 1974 dari Stadium Jalan Besar (JBS) ke Stadium Negara dengan keyakinan bahawa ia boleh diisi penyokong bola sepak setempat, sekali gus melahirkan 'Kallang Roar' atau Sorakan Kallang.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian