Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Marcus Thuram sertai Inter Milan secara percuma

Jul 3, 2023 | 2:31 PM
MEMPERKUKUH SERANGAN INTER: Pemain sayap Perancis, Marcus Thuram, menyertai Inter Milan secara percuma selepas kontraknya bersama kelab Bundesliga Borussia Monchengladbach tamat.
MEMPERKUKUH SERANGAN INTER: Pemain sayap Perancis, Marcus Thuram, menyertai Inter Milan secara percuma selepas kontraknya bersama kelab Bundesliga Borussia Monchengladbach tamat. - Foto AFP

MILAN: Inter Milan telah menandatangani pemain sayap Perancis, Marcus Thuram, secara percuma selepas kontraknya bersama kelab Bundesliga Borussia Monchengladbach tamat.

Thuram, 25 tahun, adalah anak kepada bekas pemain pertahanan Barcelona dan Juventus, Lillian Thuram, yang memenangi Piala Dunia 1998 bersama Perancis.

Pemain sayap itu telah bermain 134 perlawanan buat Monchengladbach, menjaringkan 44 gol dalam empat musim bersama kelab Jerman itu.

Thuram berpindah ke Bundesliga daripada kelab Liga Perancis Guingamp pada 2019.

Pada April, Monchengladbach mengesahkan Thuram tidak akan memperbaharui kontraknya, menyebabkan beliau dikaitkan dengan beberapa kelab Eropah sepanjang beberapa bulan lalu.

Thuram telah membuat 10 penampilan antarabangsa bagi negaranya, selepas membuat penampilan sulungnya dengan Perancis ketika menentang Finland pada November 2020.

Beliau juga sebahagian daripada skuad Perancis dalam pertandingan Euro 2020 dan Piala Dunia 2022, di mana Perancis menduduki tempat kedua.

Pemindahan Thuram adalah sebahagian daripada usaha Inter untuk memperkukuh skuadnya selepas Milan Skriniar, Danilo D’Ambrosio dan Roberto Gagliardini meninggalkan kelab itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg