Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Keunggulan City julang tiga piala undang pujian... dan persoalan

Peminat mahu pasukan dirai tapi terdapat perkara perlu dihurai dan masih banyak keanehan selubungi pemilik kelab
Jul 03, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Kejayaan Manchester City menjuarai Liga Juara-Juara di Istanbul, Turkey, terasa seperti salah satu keputusan paling penting dalam bola sepak sepanjang bertahun-tahun.


Ia menamatkan penantian lama City untuk menjulang piala yang paling diidamkan mereka selama ini.

Dan kejayaan menjadi hanya pasukan Liga Perdana England (EPL) kedua menjulang tiga piala dalam satu musim, atau mencapai ‘Treble’, memastikan City dan pengurusnya akan sentiasa menikmati status legenda.

Ditambah dengan hakikat bahawa semasa musuh ketat mereka, Manchester United, menjadi satu-satunya kelab yang mencapai ‘Treble’ pada 1988-1989 City masih terkial-kial dalam liga ketiga England, peri penting perjalanan sukan mereka yang hebat musim lalu menjadi jelas.

City telah memintas United di dalam dan luar padang lama sebelum kejayaan mereka di Istanbul.

Namun kemenangan itu mengukuhkan perubahan keseimbangan kuasa sukan – di Manchester, dalam negara, dan kini merentasi Eropah, di mana ramai percaya pasukan Pep Guardiola boleh menguasai sebagaimana mereka telah menguasai di England.

Mereka menakluki Eropah pada masa dana kekayaan negara Qatar dan Arab Saudi masing-masing memiliki PSG dan Newcastle United, dan sedang seorang ahli kerajaan Qatar sedang berusaha untuk membeli Manchester United.

Dan ia berlaku hanya beberapa hari selepas diumumkan bahawa kewangan Arab Saudi akan menggoncang cara golf dikendalikan di peringkat sejagat.

Bagi kebanyakan orang, kejayaan City di Istanbul merupakan satu lagi peristiwa penting dalam tema luas pelaburan Timur Tengah ke dalam sukan.

Banyak boleh dikagumi tentang cara City bermain, bimbingan Guardiola, dan sistem mereka dan struktur global mereka yang lebih luas – termasuk akademi tercanggih, dan 13 kelab di bawah payung City Football Group (CFG).

Pasukan bawah 18 tahun City baru-baru ini menjadi pasukan pertama memenangi tiga kejuaraan kebangsaan berturut-turut.

Pasukan bawah 21 tahun City juga baru sahaja menjadi pasukan pertama memperoleh hatrik memenangi Liga Perdana 2 (kejuaraan bawah 21 tahun) tiga musim berturut-turut.

Dan, sejak 2016, pasukan wanita City yang dilancarkan semula juga memenangi Piala FA sebanyak tiga kali dan Liga Super Wanita sekali.

Namun, selain kekaguman baru, kejayaan City juga bermakna penelitian tambahan.







Pemandangan yang sangat jarang berlaku apabila pemilik majoriti City, Sheikh Mansour, hadir di Istanbul bagi perlawanan City – hanya kali kedua sejak mengambil alih kelab itu melalui Abu Dhabi Investment Group pada 2008 – merupakan satu peringatan jelas mengenai beberapa persoalan dan isu berhubung juara baru Eropah itu.

Hakikat Mansour – Timbalan Perdana Menteri Amiriah Arab Bersatu (UAE) – kali pertama berada di perlawanan City 13 tahun tidak dapat tidak membawa kepada lebih banyak persoalan mengenai apa yang mendorongnya membeli kelab itu.

Pejuang hak asasi manusia percaya kelab itu digunakan untuk ‘membasuh’ apa yang Amnesty sifatkan sebagai “imej yang sangat tercalar” UAE, yang kaya dengan minyak.

Pada Mei, lebih 40 pertubuhan bukan pemerintah menuduh UAE melakukan “serangan berterusan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan, termasuk menyasarkan aktivis hak asasi manusia, menggubal undang-undang yang menindas, dan menggunakan sistem keadilan jenayah sebagai alat untuk menghapuskan pergerakan hak asasi manusia”.

UAE juga mempunyai salah satu daripada kadar pelepasan karbon per kapita tertinggi di dunia.

Tetapi bukti juga boleh diberikan bahawa pelaburan kukuh dalam bola sepak negara itu mempunyai nilai tambah daripada setakat merupakan usaha lembut untuk mempelbagai ekonominya dan meningkatkan pelancongan.

City boleh berhujah bahawa walaupun kira-kira £1.5 bilion ($2.6 bilion) telah dibelanjakan bagi mendapatkan pemain baru sejak 2008, Mansour membeli City melalui kumpulan ekuiti persendirian pada harga £200 juta, dan kelab itu kini dianggarkan bernilai £4 bilion, dengan keuntungan £42 juta diumumkan tahun lepas.

Tumpuan juga kini diberi terhadap dasar luar UAE, dengan penelitian terhadap hubungan Abu Dhabi dengan rejim Presiden Russia, Vladimir Putin.

Pada Mac, pemerintah Amerika Syarikat melahirkan kebimbangan mengenai syarikat UAE mengeksport berjuta pound barangan ke Russia, lantas membantu negara itu mengelakkan sekatan.

Pada 2022, UAE berkecuali daripada undi pimpinan Amerika di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Pada Oktober lalu, Putin mengalu-alukan hubungan Russia dengan UAE semasa satu mesyuarat bersama presiden negara itu, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Dikenali sebagai MBZ, beliau juga pemimpin Abu Dhabi, dan duduk di sebelah adiknya – Sheikh Mansour – semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Istanbul.

UAE sekutu Barat di rantau Teluk, dengan perdagangan negara itu dengan Britain berjumlah berbilion paun.

Pada 2022, kerajaan United Kingdom (UK) amat kritikal terhadap Sheikh Mansour selepas satu mesyuarat antaranya dan pemimpin UAE yang lain bersama Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

Seorang jurucakap Pejabat Luar berkata mesyuarat sedemikian “merendahkan prospek” keamanan di Syria.

Peminat City berpendirian ‘raikanlah saja kelab ini’. Tetapi ia tidak semudah itu kerana masih terlalu banyak perlu diselesaikan, dan terlalu banyak keanehan menyelubungi pemilik kelab tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >