SANTA CLARA (Amerika Syarikat): Anthony Martial memberi peringatan kepada pengurus pasukan Jose Mourinho mengenai kehebatannya di barisan serangan, sekalipun gagal menyumbatkan penalti semasa kemenangan Manchester United ke atas Real Madrid.
Dalam pertarungan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) yang berlangsung di sini, United menewaskan Real Madrid dalam babak penalti selepas pertarungan terikat 1-1.