Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masa depan Salah jadi tanda tanya

Apr 30, 2024 | 3:22 PM
Masa depan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah, kelihatan tidak menentu dengan kontraknya yang hampir tamat. Namun, ramai jangkakan bahawa keputusan tidak akan dibuat sehingga pengarah sukan baru mereka, Richard Hughes, dan pengurus baru mereka, Arne Slot, dilantik secara rasmi.
Masa depan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah, kelihatan tidak menentu dengan kontraknya yang hampir tamat. Namun, ramai jangkakan bahawa keputusan tidak akan dibuat sehingga pengarah sukan baru mereka, Richard Hughes, dan pengurus baru mereka, Arne Slot, dilantik secara rasmi. - Foto REUTERS

ANFIELD: Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah, 31 tahun, akan memasuki tahun terakhir kontrak beliau di kelab itu.

Ini telah mencetuskan spekulasi bahawa pemain tersebut mungkin akan ke Arab Saudi seterusnya.

Namun, masa depan Salah buat masa kini masih berada di Liverpool.

Dijangkakan bahawa masa depan Salah hanya akan ditentukan apabila pengarah sukan baru mereka, Richard Hughes, dan pengurus baru Arne Slot, memulakan kerja secara rasmi.

Perselisihan faham antara Salah dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, semasa perlawanan 2-2 Liverpool menentang West Ham hanya menyerlahkan prestasinya yang mengecewakan.

Keraguan Salah untuk kekal di Liverpool juga bertambah.

Pengulas bola sepak, Jamie Carragher, berkata selepas kekalahan Liverpool kepada Everton pada 25 April, prestasi Salah kini jauh lebih rendah daripada prestasinya musim lalu dan mencadangkan bahawa ada kemungkinan Salah dijual.

“Masa depan Salah di Liverpool perlu dibincangkan dengan pengurus barunya. Ini kali pertama isu ini diketengahkan,” kata Carragher kepada pihak media.

Pengulas bola sepak Gary Neville juga bersetuju bahawa prestasi Salah telah merosot sejak kebelakangan ini, khususnya selepas perlawanan Liverpool menentang Everton.

“Salah tidak memegang bola pun pada separuh masa pertama. Apa yang saya sedar adalah apabila beliau berdepan dengan Mykolenko, beliau akan kehilangan bola,” jelasnya.

Neville berkata kemungkinan ia kesalahan pasukan Liverpool sendiri kerana tidak berjaya menghantar bola kepada Salah, tetapi Salah berkebolehan memberi kesan kepada perlawanan itu dengan sendiri.

Namun, walaupun Mykolenko digantikan dengan Ashley Young pada separuh masa kedua, prestasi Salah tetap tidak meningkat.

“Mo Salah kelihatan seperti beliau menemui jalan buntu. Anda perlu berhati-hati kerana pemain Tottenham Son Heung-min alami masalah sama 18 bulan lalu, yang mana beliau kelihatan ‘sesat’ dan mengalami kesukaran untuk kembali ke prestasi terbaik beliau,” kata Neville.

“Pemain sebegini bermain terlalu banyak bola sepak secara konsisten dan Salah sentiasa ada untuk Liverpool selama enam ataupun tujuh tahan. Akan tiba masanya pemain sebegini memerlukan masa untuk berehat,” tambahnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg