Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Masa depan Singa Muda jadi tanda tanya

May 29, 2023 | 05:31 AM



SISTEM menyatukan pemain muda berbakat Singapura dalam satu pasukan untuk bersaing dalam liga setempat mula diperkenalkan hampir 20 tahun lalu.

Penubuhan pasukan Young Lions diharapkan dapat menyemarakkan lagi kumpulan bakat pemain bola sepak muda berusia bawah 22 tahun (U22) di sini.

Ia juga menjadi laluan bagi mereka untuk mewakili negara bersama skuad utama.

Namun sejak kebelakangan ini, prestasi dan persembahan Young Lions yang hambar di peringkat liga dan antarabangsa telah menimbulkan banyak tanda tanya, sama ada projek yang dimulakan pada 2002 itu harus dibubarkan ataupun perlunya membuat rombakan terhadap sistem bola sepak belia negara.

Dalam sidang media selepas ‘dibaham’ 7-0 di tangan Malaysia sewaktu perlawanan akhir kumpulan B Sukan SEA, pengendali skuad Singa bawah 22 tahun Philippe Aw menjelaskan pentingnya “menilai semula ekosistem dan proses” bola sepak Singapura.

“... sekiranya kami tidak lakukan apa-apa pada masa hadapan, keadaan akan bertambah buruk. Ini telah berlarutan sejak sekian lama,” tambahnya – merujuk kepada prestasi hambar pasukan Singa, khususnya di peringkat belia.

Sebahagian besar skuad Sukan SEA ini terdiri daripada pasukan Young Lions yang beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL).

Tidak dapat dinafikan skuad U22 ini gagal menonjolkan persembahan yang cemerlang dalam saingan liga sejak beberapa musim yang lalu.

Mereka telah menduduki tangga tercorot liga sebanyak enam kali sejak mereka membuat penampilan pada 2003, dan berada di dua tempat terbawah dalam tujuh daripada lapan musim terakhir.

Bekas pemain negara, R. Sasikumar berpendapat bahawa sumber yang diberikan kepada Young Lions disalurkan untuk membiayai latihan pemain muda berbakat ke luar negara.

Memberitahu akhbar The Straits Times (ST) baru-baru ini, beliau berkata: “Statistik tidak berbohong. Kalah adalah normal bagi mereka, jadi bagaimanakah kita mampu mencipta pemenang dengan pasukan Young Lions?

“FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura) mungkin membelanjakan sekitar $2 juta setahun untuk Young Lions. Berapa ramai pemain yang boleh kami hantar untuk bermain di Eropah untuk nilai tersebut?”

Jurulatih Geylang International, Noor Ali dalam perbincangan di podcast #NoTapis Extra Time – sebuah podcast sukan terbitan Berita Harian/Berita Minggu awal tahun ini pula berkata perubahan yang menyeluruh perlu dilaksanakan ke atas ekosistem bola sepak setempat supaya ia maju di masa depan.

Misalnya, budaya dan struktur pembangunan bola sepak di sini perlu diperbetulkan jika ingin melihat peningkatan.

Noor Ali turut mengongsikan pengalamannya melatih pasukan ‘B’ Bawah 18 Tahun Matsumoto Yamaga FC pada 2018, sebagai sebahagian daripada perjanjian antara kelab SPL, Geylang International dengan kelab Jepun itu.

Menurut Noor Ali ia merupakan sebuah peluang yang beliau katakan telah membuka matanya.

Setelah hampir setahun di sana, beliau kagum melihat bagaimana semua kelab serata negara itu menerapkan gaya permainan bola sepak yang sama.

“Semasa saya melatih Yamaga dan pergi ke Shimizu, Chiba atau mana-mana di Jepun untuk bersaing, saya perhatikan bahawa bola sepak yang dimainkan sama. Tiada beza.

“Selepas itu, saya menyedari bahawa struktur permainan ini datang dari Persatuan Bola Sepak Jepun sendiri. Sebab itu, pasukan nasional mereka boleh berjaya (seperti mana di Piala Dunia 2022),” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >