Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Mason Mount akan beri Man United dinamisme: Ten Hag

Jul 13, 2023 | 02:31 PM



MANCHESTER: Mason Mount akan membawa “dinamisme” di bahagian tengah pasukan Manchester United, menurut pengurus Erik ten Hag.


Pemain midfield berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang pada 45 minit pertamanya buat kelab barunya, ketika mereka membuka pramusim mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Leeds United di Oslo.

Mount, yang menyertai United dari Chelsea dengan perjanjian bernilai £55 juta ($94 juta), selain bayaran tambahan bernilai £5 juta, bermain pada separuh masa pertama sebelum 11 pertukaran dibuat pada aksi babak kedua.

“Beliau akan membawa dinamisme dalam permainan kami dan itu adalah salah satu kesimpulan kami musim lalu,” Ten Hag memberitahu MUTV.

“Visinya adalah untuk bermain di bahagian serangan. Tetapi beliau juga mahu menjadi pemain yang boleh bermain di beberapa bahagian dan serba lengkap.

“Apabila anda bermain di bahagian tengah, anda perlu menyerang, tetapi anda juga perlu membantu bahagian pertahanan. Kami perlu lebih dinamik di bahagian tengah.

“Saya pasti beliau akan menyumbang kepada kejayaan United kerana beliau seorang pemain yang berkualiti.”

Kesebelasan utama Ten Hag pada perlawanan Rabu merupakan gabungan antara pemain muda dan yang berpengalaman, dengan Lisandro Martinez, Raphael Varane dan Jadon Sancho beraksi di samping pemain muda seperti Kobbie Mainoo dan Omari Forson.

Mount mencipta peluang besar bagi gol pembukaan pada minit ke-10, membuat hantaran kepada Amad Diallo yang kemudian memberikan bola kepada Hannibal Mejbri. Namun begitu, pemain Tunisia itu dinafikan oleh penjaga gawang Leeds Kristoffer Klaesson.

Beberapa minit kemudian pemain tengah England itu sekali lagi terlibat dalam serangan United, memenangi bola sebelum mencuba memperdayakan Klaesson dari luar kotak penalti, namun percubaannya tersasar.

“Saya rasa seronok dapat beraksi,” kata Mount. “Kami mempunyai masa sewaktu latihan dan kami telah bekerja keras, jadi ia bagus untuk menunjukkannya dalam perlawanan sekarang. Kami telah berlatih menggunakan beberapa taktik berbeza,” katanya.

“Saya suka dengan peranan yang diberikan pada perlawanan ini. Saya mampu bermain dari kawasan kami sebelum membina permainan dari situ, dalam pada masa yang sama diberi keizinan untuk maju dan berlari ke dalam kotak penalti lawan dan terlibat dalam lebih banyak serangan.

“Saya suka memulakan serangan balas, memberi pihak lawan tekanan dan kemudian menggabungkannya dengan ancaman serangan dan rentak kami sendiri.”

Latihan pramusim Manchester United diteruskan dengan perlawanan persahabatan menentang Lyon di Edinburgh pada 19 Julai sebelum mereka membuat lawatan ke Amerika Syarikat untuk perlawanan menentang Arsenal, Wrexham, Real Madrid dan Borussia Dortmund. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >