Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mason Mount perlu bukti kemampuan perkukuh barisan tengah United

Aug 14, 2023 | 5:30 AM
BOLEH MENYERLAH: Mason Mount dijangka mampu sumbang kepada Manchester United namun perlu buktikan kemampuannya.
BOLEH MENYERLAH: Mason Mount dijangka mampu sumbang kepada Manchester United namun perlu buktikan kemampuannya. - Foto REUTERS

LONDON: Mason Mount boleh raih kejayaan semasa di Manchester United berdasarkan teknik dan sikapnya semasa di padang.

Beliau yang pernah menyarung jersi Chelsea dan juga England dijangka mampu memenuhi jangkaan yang diperlukan di Old Trafford dan menjadi bintang bersama pasukan tersebut.

Mount, 24 tahun, yang menyertai United dengan nilai pemindahan £55 juta ($94.1 juta) merupakan pemain baru pertama dibawa masuk Erik ten Hag untuk pasukan kendaliannya itu.

Musim lalu apabila United beroperasi dengan tiga pemain tengah atau ‘midfield’, Casemiro bertindak di bahagian benteng pertahanan dan Bruno Fernandes lebih di bahagian hadapan.

Sementara itu, Cristian Eriksen biasanya bertindak selaku pemain ketiga dalam jentera midfield.

Tapi kini dengan Mount dibawa masuk, Eriksen dijangka memberi laluan kepada pemain baru itu.

Namun difahamkan bahawa seorang bekas pemain pertahanan United, Paul Parker, pula percaya bahawa Eriksen masih penting di bahagian midfieldmidfield United dan masih dianggap pemain berkualiti tinggi.

“Saya pernah katakan sebelum ini yang saya kurang pasti di mana kedudukan terbaik buat Mount.

“Saya tidak kata Mount seorang pemain yang kurang baik namun beliau perlu buktikan kemampuannya selepas musim kurang menyerlah buatnya semasa di Chelsea,” kata Parker. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg