Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Perdana siasat Chelsea tentang kemungkinan pelanggaran kewangan

Aug 10, 2023 | 10:52 AM
TIDAK KE EROPAH: Chelsea menduduki tangga ke-12 EPL musim lalu maka tidak akan bertanding di Eropah pada musim kali ini.
TIDAK KE EROPAH: Chelsea menduduki tangga ke-12 EPL musim lalu maka tidak akan bertanding di Eropah pada musim kali ini. - Foto REUTERS

LONDON: Liga Perdana sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran peraturan kewangan di Chelsea di bawah pemilikan Roman Abramovich, kata Ketua Pegawai Eksekutif Richard Masters kepada akhbar The Times, Britain pada Rabu.

Abramovich menjual kelab itu tahun lalu kepada kumpulan pelaburan yang dipimpin peniaga Amerika, Todd Boehly, dan Clearlake Capital setelah asetnya di Britain dibekukan oleh pemerintah United Kingdom (UK) menyusuli pencerobohan negaranya ke atas Ukraine, yang dipanggil Moscow sebagai “operasi ketenteraan khas”.

Pemilik baru Chelsea melaporkan sendiri sejumlah urus niaga kewangan sewaktu era Abramovich kepada badan pemerintahan bola sepak Eropah Uefa, Liga Perdana dan FA.

“Kami agak terbuka tentang isu bersejarah berkenaan Chelsea kerana mereka melaporkan sendiri kepada Liga Perdana dan kepada FA jadi ia jelas kami sedang menyiasatnya,” kata Masters kepada akhbar itu.

“Sekiranya Liga Perdana percaya sebuah kelab telah melanggar peraturan kewangan dan terdapat kes untuk dijawab, kes itu akan diketengahkan kepada kelab.”

The Times melaporkan bahawa penyiasatan itu merangkumi bayaran berjuta-juta paun kepada entiti luar pesisir yang tidak didedahkan, dengan hubungan kepada perantara bola sepak, yang berpotensi membawa kepada hukuman seperti denda besar atau potongan mata bagi kelab tersebut.

“Kami mahu proses sewajarnya dilaksanakan dalam cara yang secekap mungkin, secepat mungkin,” tambah Masters.

“Ia bukan selalu senang untuk lakukan perkara ini dengan pantas tetapi kami mahukan jawapan yang betul, positif atau negatif, sama ada kelab didapati bersalah melanggar peraturan atau tidak.”

Uefa mencapai persetujuan pada Julai bersama Chelsea mengenai penyerahan maklumat kewangan yang tidak lengkap, berhubung dengan “urus niaga bersejarah” antara 2012-19, dengan kelab London itu membayar denda 10 juta euro ($14.8 juta).Chelsea yang menduduki tempat ke-12 dalam Liga Perdana England (EPL) menyusuli kempen yang huru-hara, tidak akan bertanding di Eropah pada 2023-24.– Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg