Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Matildas beraksi tanpa kapten jelang perlawanan persahabatan

Nov 28, 2023 | 03:48 PM



SYDNEY: Kali terakhir pasukan bola sepak wanita Australia bertemu Canada tanpa Sam Kerr, skuad Matildas itu berjaya menjaringkan empat gol tanpa balas. 


Meski akan beraksi tanpa kapten mereka sekali lagi bagi perlawanan menentang lawan yang sama hujung minggu ini, pasukan itu tidak melihatnya sebagai satu hambatan besar.

Kemenangan yang lalu itu ketika persaingan Piala Dunia peringkat kumpulan di AAMI Park pada Julai 2023, merupakan titik kebangkitan kempen Australia dalam pertandingan itu yang turut menyaksikan mereka beraksi tanpa Kerr yang mengalami kecederaan serius.

Kali ini kecederaan kaki pula yang menyebabkan Kerr terlepas peluang kembali bersama pasukan negaranya. 

Kelab beliau, Chelsea turut mengumumkan pada Selasa bahawa penyerang itu akan kekal di London bagi menjalani rawatan sementara pasukan Matildas beraksi menentang juara Olimpik, Canada dalam dua perlawanan persahabatan, pada Sabtu di Langford dan di Vancouver pada Rabu.

“Saya belum lagi menghubungi beliau, tetapi ia amat mengecewakan apabila beliau tidak dapat bersama kami,” kata pemain pertahanan Clare Polkinghorne.

“Namun saya rasa keutamaan kami adalah untuk memastikan setiap pemain kembali sihat dan cergas bagi persaingan Olimpik nanti.”

Kerr menjaringkan hatrik untuk Chelsea dalam kemenangan 4-1 menentang Paris FC dalam saingan Liga Juara-Juara. 

Kerr telah digantikan pada minit ke-81 ketika mereka menewaskan Leicester City 5-2 dalam perlawanan Liga Super Wanita England, di mana beliau juga telah menyumbang satu gol sebelum tamat separuh masa pertama. 

Beliau mempunyai hampir tiga bulan untuk pulih sebelum perlawanan kompetitif Matildas seterusnya – kelayakan ‘play-off’ bagi temasya Olimpik Paris 2024 menentang Uzbekistan.

Berita tentang ketiadaan Kerr bagi perlawanan persahabatan nanti datang sehari selepas persatuan bola sepak Australia menyatakan bahawa Charli Grant juga tidak akan beraksi disebabkan kecederaan hamstring sementara Holly McNamara juga dikatakan tidak akan menyertai skuad Matilda akibat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL). 

Australia juga akan tanpa kapten West Ham, Mackenzie Arnold, yang mengalami kecederaan pada lengannya.

“Jelas kami lebih suka jika setiap pemain dapat mengekalkan kecergasan serta kesihatan mereka dan bersedia untuk berlatih bersama-sama, tetapi itulah realiti bola sepak profesional,” kata Polkinghorne.

“Kecederaan adalah sebahagian daripada sukan ini, dan malangnya ia berlaku pada hujung minggu menjelang perlawanan penting ini... tetapi ia juga memberi beberapa pemain lain peluang untuk mendapat pengalaman, dan saya rasa ia juga peluang bagi mereka dipilih untuk beraksi dalam perlawanan nanti.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >