Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Haaland rangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA

Aug 30, 2023 | 02:19 PM



LONDON: Penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland, merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) selepas musim pertamanya yang cemerlang dengan menjulang ‘treble’ atau tiga kejuaraan.


Anak didik Pep Guardiola itu membantu City menggondol Piala FA, Liga Perdana England (EPL) dan Piala Liga Juara-Juara musim lalu.

Bintang England dan Aston Villa, Rachel Daly, pula memenangi anugerah bagi kategori wanita.

Dianjurkan oleh PFA, anugerah itu memberi pengiktirafan kepada pemain lelaki dan wanita terbaik dalam bola sepak England.

Haaland menikmati musim sulung yang menakjubkan bersama City apabila menjaringkan 52 gol dalam semua pertandingan.

Pemain berusia 23 tahun itu mengatasi rakan sepasukan, John Stones dan Kevin De Bruyne, serta gandingan Arsenal, Bukayo Saka dan Martin Odegaard serta bekas penyerang Tottenham, Harry Kane – yang kini beraksi bersama Bayern Munich.

Haaland berkata: “Ia satu penghormatan dapat memenangi anugerah berprestij ini.

“Untuk diiktiraf oleh pesaing anda adalah perasaan yang sangat hebat dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya.

“Ia adalah musim yang tidak dapat dilupakan oleh pasukan dan untuk saya secara peribadi.

“Memenangi ‘treble’ adalah sesuatu yang tidak pernah saya impikan, jadi mencapainya dengan kumpulan pemain istimewa adalah sangat menakjubkan.

“Kami mencipta beberapa detik yang luar biasa musim lalu, tetapi kini kami mahu melakukan perkara yang sama sekali lagi tahun ini. Kami memulakan musim (ini) dengan baik dan perlu meneruskannya.”

Haaland sebelum ini menggondol Pemain Terbaik EPL dan Pemain Muda Terbaik EPL.

Beliau turut menyumbatkan 36 gol dalam 35 penampilan bagi EPL, sekali gus menjadi penjaring terbanyak liga itu untuk turut memenangi But Emas EPL – dengan Kane di tempat kedua dengan 30 gol.

Saka pula dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Lelaki manakala Lauren James dari Chelsea diiktiraf anugerah Pemain Muda Terbaik Wanita.

Daly dan James merupakan tunggak England dalam kempen pasukan tersebut menempah tempat ke final Piala Dunia Wanita baru-baru ini.

Perlawanan tersebut, yang berlangsung pada 20 Ogos, menyaksikan The Lioness tewas 1-0 di tangan Sepanyol.


Dalam pada itu, Daly telah menjaringkan 22 gol dalam 22 penampilan Liga Super Wanita musim lalu.

Ia pencapaian luar biasa bagi Pemain Terbaik Tahunan PFA kategori wanita itu, memandangkan beliau beraksi di posisi bek kiri dan turut menyumbang kejayaan kempen The Lioness yang menjuarai kejohanan Euro 2022.

Pemain berusia 31 tahun itu menewaskan saingan daripada Sam Kerr, Frida Maanum, Guro Reiten, Khadija ‘Bunny’ Shaw dan Ona Batlle.

Pemain Terbaik Tahunan PFA bagi 2021/22 disandang oleh Mohamed Salah dari pasukan Liverpool. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >