Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Max Maeder ada peluang rebut pingat

Aug 7, 2024 | 1:50 PM
Maximilian Maeder menduduki tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan. 
Maximilian Maeder menduduki tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan.  - Foto EPA-EFE

MARSEILLE: Peluang juara dunia dua kali dari Singapura, Maximilian Maeder terus cerah untuk merebut pingat di Sukan Olimpik Paris

Sebelum perlumbaan pada 8 Ogos, atlet sukan luncur lelayang atau kitefoiler itu menduduki tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan.

Pelayar berusia 17 tahun itu menamatkan saingan di tempat ke-11 dan keempat dalam dua perlumbaan yang berlangsung pada 6 Ogos, sebelum keadaan angin buruk di Marina Marseille mengakibatkan penangguhan pada tiga perlumbaan lain, lapor The Straits Times (ST).

Beliau mengumpul 15 mata selepas tujuh perlumbaan, dengan Toni Vodisek dari Slovenia mengetuai kumpulan 20 pelayar dengan 12 mata.

Vodisek telah memenangi perlumbaan keenam sebelum duduki tempat ke-12 dalam perlumbaan ketujuh.

Valentin Bontus dari Austria, yang menduduki tempat kelima dan terakhir, pula berada di tempat ketiga dengan 17 mata.

Hari terakhir perlumbaan pusingan pertama adalah pada 7 Ogos, dengan saingan separuh akhir dan akhir dijadual berlangsung sehingga 9 Ogos.

Juara dunia dua kali, Maximilian, merupakan antara salah satu calon pilihan utama untuk pingat emas di Sukan Paris bagi luncur lelayang yang kali pertama dipertandingkan di Olimpik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg